JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...

Full Version: KUALA LUMPUR 12 Sept. – Tiga orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (IS
You're currently viewing a stripped down version of our content. View the full version with proper formatting.
Bagus... bagusss... sumbat je dia orang. Menyemak je...
tu nanti jadi modal lagi la utk mereka menyerang kerajaan...

followthewolf_king Wrote:
tu nanti jadi modal lagi la utk mereka menyerang kerajaan...


tu biasa...

Tindakan ISA wajar - NGO

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY

KUALA LUMPUR 14 Sept - Beberapa pertubuhan bukan (NGO) kerajaan menyifatkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih relevan dan perlu diteruskan bagi menghalang cubaan mana-mana pihak melakukan tindakan yang boleh mengugat ketenteraman awam.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, ISA sebagai undang-undang pencegahan terbukti berjaya dalam peranannya selama ini sejak ia digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Katanya, sebab itu ISA tetap relevan apatah lagi dalam negara yang didiami rakyat berbilang kaum kerana sebarang perbezaan kecil sekalipun boleh diperbesarkan pihak yang tidak bertanggungjawab hingga mencetuskan api permusuhan.

''Justeru ISA amat penting bagi mengelakkan negara porak-peranda walaupun parti pembangkang mendakwa ISA ini undang-undang yang zalim.

''Namun dalam hal ini kita perlu pragmatik. Jangan kita melompat tak tentu pasal. Sepatutnya kita jangan timbulkan pelbagai tanggapan apabila ISA digunakan hingga mencetuskan masalah lain,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan ISA terhadap tiga individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama di dalam negara, kelmarin.

Mereka yang terlibat ialah Ahli Exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok, pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Bagaimanapun, Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.

Sementara itu, Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar ketika dihubungi berkata, ISA merupakan satu tindakan tegas kerajaan dalam menangani isu sedemikian.

''Perkara-perkara yang terkandung di dalam perlembagaan termasuk Rukun Negara, jika ada pihak tertentu mempersoalkannya sehingga mengundang keresahan rakyat maka mereka harus dikenakan tindakan tegas.

''Oleh itu Gapena melihat tindakan mengenakan ISA sebagai relevan, terutama ke atas mereka yang cuba menghuru-harakan negara dengan menyentuh isu sensitif,'' katanya.

Dalam pada itu, Abdul Latif turut tidak menolak isu sedemikian timbul disebabkan sikap segelintir ahli politik yang mempolitikkan hal-hal tersebut demi kepentingan diri sendiri dan kaum.

''Ahli politik macam 'over acting' dalam berpolitik, saya percaya mereka ini ada agenda tertentu,'' katanya.

Selain pengawasan pucuk pimpinan negara, katanya, Raja-raja juga perlu lebih memainkan peranan dengan kuasa yang dimiliki dalam melindungi hak-hak dan kepentingan bangsa, ketuanan Melayu dan agama Islam.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamed pula berkata, langkah mengenakan ISA merupakan satu jaminan keselamatan dan ketenteraman semua kaum di negara ini.

''Hanya melalui penguatkuasaan akta ini mampu menenangkan keadaan di dalam negara sekiranya terdapat 'pencemaran politik' seperti ini.

''GPMS percaya ISA bukan sahaja mampu menstabilkan keharmonian dan keamanan antara kaum, malah membantu memulihkan semula ekonomi negara selepas berdepan situasi ancaman sedemikian, ''katanya.

Sementara itu, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Ismail berpendapat, tindakan ISA membuktikan kerajaan prihatin dengan melakukan terbaik untuk ketenteraman negara.

Menurut beliau, pihaknya yakin kerajaan tidak akan menggunakan ISA sewenang-wenangnya kecuali terhadap mereka yang dipercayai boleh mencetuskan ancaman kepada keselamatan negara.

''Tidak ada di dalam dunia ini yang tiada batasan, apa yang dilakukan kerajaan tentunya untuk tujuan kebaikan semua,'' katanya.
Kerajaan tak wajar guna ISA - Zaid

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 14 Sept. - Kerajaan tidak sewajarnya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan tiga individu kelmarin, sebaliknya mereka diadili mengikut sistem perundangan negara ini bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, pelbagai undang-undang terdapat di negara ini yang boleh digunakan untuk mengadili atau menghukum individu yang dikatakan menimbulkan ketegangan kaum.

Pada masa yang sama, beliau sama sekali tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk menahan ketiga-tiga individu terbabit bahawa ia dilakukan setelah polis mempunyai cukup bukti bagi mengelakkan ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

"Saya rasa gembira apabila wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dibebaskan dan berharap kerajaan akan membebaskan dua lagi tahanan ini.

"Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas penahanan tiga orang di bawah ISA dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama pada Jumaat lalu.

Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Bagaimanapun Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.

Zaid berkata, ISA masih boleh digunakan tetapi ia perlu kembali kepada tujuan asalnya iaitu untuk menahan pengganas yang menggunakan senjata untuk mengambil alih kerajaan dan bukannya disalahgunakan bagi kepentingan politik.

"Kalau kita tahan mereka dengan ISA ini bererti kita percaya bahawa polis dan tentera tidak boleh jaga keselamatan dan yang kedua, akta ini pun tidak digunakan kepada semua orang, ramai yang keluarkan kenyataan ada unsur hasutan termasuk pemimpin tertinggi tetapi kita tidak guna ISA.

"Jika kita tidak gunakan dan tidak mampu untuk laksanakan ISA dengan adil lebih baik gunakan terhadap pengganas bersenjata," katanya.

Beliau yang mengakui wujud masalah perkauman berkata, kerajaan perlu proaktif untuk menyelesaikan masalah tersebut dan penggunaan akta terbabit akan menjadikan keadaan lebih buruk.

Katanya, masalah perkauman tersebut harus diselesaikan dengan perbincangan ilmiah dan kerajaan perlu terbuka malah beliau turut bersetuju dengan cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah untuk membincangkan perkara ini dalam minggu ini dan jika beliau melihat pandangan yang berbeza ini serta meminta saya 'turun' (letak jawatan) saya sedia lakukannya, saya tidak mahu menyusahkannya.

"Niat saya ikhlas saya hanya mahu tolong Perdana Menteri, ini perbezaan saya dengan orang yang meminta Perdana Menteri melakukan peralihan kuasa secepat mungkin ialah mereka mahukan kuasa tetapi saya tidak," katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa media tersalah tafsir berhubung kenyataannya berkaitan isu peralihan kuasa yang dikatakan oleh Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya bukan menyatakan Muhyiddin perlu dipecat, siapalah saya untuk menasihatkan Pak Lah. Maksud saya ialah sebagai menteri di bawah kepimpinan Abdullah, beliau berhak memecat mana-mana menterinya yang tidak sependapat dengan beliau kerana beliau yang memilih jemaah menteri dan ini termasuk juga saya.

"Dan jika Muhyiddin tidak bersetuju dengan dasar Perdana Menteri, beliau perlu meletakkan jawatan," katanya.
orang2 cam macam nilah + si zaid durhaka tu yang menjadi punca perbalahan kaum...
NGO sendiri setuju tetapi zaid yang duduk didalam kabinet sendiri menyatakan tidak setuju secara terbuka...
tersengih karpal sigh dan lim kit siang mendengar kenyataan si zaid menyokong usul mereka...
sekarang siapa yang sebenarnya perlu meletak jawatan???

p/s...mengata orang diri yang lebih..hehehe
Reference URL's