28-01-2009, 07:45 AM
DR. NOVANDRI HASAN BASRI
Minden, Pulau Pinang.
SATU perkara yang semua pihak perlu tahu ialah parti UMNO dan perjuangannya tidak patut dipersalahkan di dalam kekusutan yang berlaku dalam senario politik negara hari ini.
Titik tolak kepada badai politik di dalam UMNO disebabkan oleh kelemahan manusia.
Malah, faktor manusia juga merupakan kelemahan-kelemahan yang semakin menonjol di dalam parti-parti lain di Malaysia ini terutamanya pembangkang.
Jangan kita cuba menafikan ketidaksamarataan, ketidakcekapan, kesalahan dan kelemahan parti pembangkang di negeri-negeri yang sedang mereka terajui sekarang.
Bukti-buktinya sudah ada, cuma jentera parti UMNO dan BN kurang responsif kerana lebih banyak memfokuskan kepada merawat sakit yang menyelubungi parti masing-masing.
Pembangkang sebenarnya bertuah kerana tatkala cuba meraih simpati dan sokongan rakyat, parti pemerintah turut mengalami dilema yang seperti tidak ada kesudahannya.
Kesempatan ini diambil dengan jayanya oleh pembangkang selain turut memperdagangkan isu-isu dalaman UMNO sebagai bentuk penyamaran bagi menutup kelemahan mereka.
Ramai tahu bahawa parti pembangkang tidak kuat tetapi manipulasi yang dilakukan oleh mereka, selain UMNO sendiri tidak bertindak agresif dan kekecewaan rakyat terhadap parti pemerintah merupakan faktor yang menyebabkan pembangkang kelihatan kuat dan semakin gah.
Modus operandi pembangkang patut dipelajari oleh parti pemerintah.
Dalam adat politik, kita perlu juga memahami taktik lawan agar tiada elemen kejutan yang tidak mampu ditangani.
Pada masa sama, UMNO turut mempunyai beberapa ADUN dan Ahli Parlimen yang sentiasa goyah jika kepentingan mereka tergugat. Paling memualkan, mereka yang melompat parti itu cuba menutup sikap mementingkan diri sendiri dengan alasan kononnya cuba memperjuangkan nasib rakyat.
Percaturan politik mereka yang melompat parti itu amat memedihkan kerana orang inilah yang selama ini diangkat sebagai pemimpin dan kini, beliau dengan senangnya melupakan jasa-jasa UMNO dan "terjun menyelamatkan diri sendiri dari kapal" ketika ia menempuh gelora dan badai politik.
Tindakan mereka itu jelas menunjukkan ketidakmatangan dan tiada daya ketahanan.
Namun, walau pun isu itu mendatangkan rasa kecewa tetapi realitinya, UMNO dan BN tidak memerlukan lagi pemimpin-pemimpin seperti itu. Kita tidak perlu "meratapi pemergian" pemimpin-pemimpin seperti itu malah perlu bersyukur kerana mereka telah menunjukkan sikap sebenar.
Kita pasti kerjaya politik pemimpin seperti ini tidak akan ke mana kerana jelas mengecewakan rakyat yang memilih mereka.
Secara peribadi, penulis sedang menanti-nantikan "kelasi-kelasi" lain yang berhasrat untuk terjun dari kapal UMNO/ BN. Marilah kita bersama-sama menilai mereka yang berfikiran singkat ini.
Yang pasti, tindakan mereka itu secara tidak langsung telah menyenangkan serta membantu UMNO/BN membuang "kudis-kudis" yang boleh membusukkan lagi luka dalaman parti pemerintah.
Kita berharap agar kudis-kudis itu semakin berkurangan dan UMNO mampu untuk gah kembali dengan disokong oleh ahli-ahli yang sanggup bersama parti keramat ini biarpun apa sahaja badai melanda.
Realitinya, jika UMNO berjaya menganjak kepada parti yang disenangi dan lebih meyakinkan, rakyat berkemungkinan besar tidak akan menolak UMNO lebih-lebih lagi jika kita sandarkan kepada pencapaian selama ini.
Memang benar terdapat kelemahan dan kekurangan pemerintah tetapi janganlah pula kita menidakkan kejayaan dan pencapaian yang kita terima selama ini.
Kita jangan mudah termakan hasutan dan manipulasi politik pihak-pihak yang kita sendiri tidak berasa yakin dengan hasil kerja mereka malah tidak pernah membuktikan apa-apa kejayaan.
- utusan