JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...

Full Version: Arif Shah ikut jejak ADUN Bota?
You're currently viewing a stripped down version of our content. View the full version with proper formatting.
BUTTERWORTH 29 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah menafikan spekulasi bahawa beliau akan mengikut jejak ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim untuk melompat parti.

Beliau berkata, ini kerana tindakan tersebut hanya mencemarkan maruahnya yang selama ini begitu setiap terhadap UMNO.

"Janganlah paksa saya melutut. Ia umpama ditolak ke dinding yang kukuh tetapi terpaksa pula menggunakan kaki untuk menendang. Setakat ini, saya masih dalam UMNO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Arif Shah diminta mengulas spekulasi bahawa beliau kini salah seorang lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang dikatakan akan mengikut jejak langkah Nasaruddin melompat ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam hubungan ini beliau berkata, tindakan ahli melompat parti mungkin disebabkan keluhan individu berkenaan dianggap tidak mustahak oleh pucuk pimpinan.

"Apabila peluang tidak diberikan dan timbul rasa tidak puas hati maka ahli yang menjadi calon kepada sesuatu parti itu akan bertindak keluar,'' katanya.
Seorang lagi ADUN jadi perhatian PKR

IPOH 29 Jan. - Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim berjaya dipujuk untuk melompat parti daripada UMNO kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), seorang lagi ADUN UMNO kini menjadi perhatian mereka.

ADUN Kamunting, Mohammad Zahir Abdul Khalid ketika dihubungi mengaku bahawa beberapa pemimpin parti terbabit telah datang menemui beliau semalam untuk mengajaknya menuruti langkah Nasaruddin.

''Semalam ada beberapa pemimpin PKR datang menemui saya. Justifikasinya ialah untuk menguatkan suara Melayu dalam Pakatan Rakyat sebab menganggap suara Melayu kurang mencukupi," katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Mohammad Zahir, beliau belum terfikir untuk bersikap 'berpaling tadah' kerana masih yakin dengan perjuangan UMNO untuk orang Melayu.

''Saya percaya dengan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Saya percaya UMNO dan BN masih berada di landasan yang betul," katanya lagi.

Sambil menegaskan beliau tidak akan lari daripada perjuangan parti, Mohammad Zahir yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Taiping berkata, apa yang penting ialah UMNO Perak melakukan revolusi bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

''Saya tidak akan lari daripada perjuangan parti tetapi parti mestilah melalui perubahan supaya perjuangan tetap relevan untuk rakyat dan negara," katanya.

Perak kini dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada enam Exco mewakili DAP, PKR (tiga orang) dan Pas (Menteri Besar dan seorang Exco lain).
Reference URL's