31-10-2009, 01:35 PM
Salam semua warga Jom Layan!
Adalah diumumkan bahawa sebagai salah satu dari Projek Masyarakat Penyayang Jom Layan, kita akan melancarkan projek kutipan derma bagi menyumbangkan beg sekolah kepada anak anak yatim dan miskin dari rumah tunas harapan daerah Kuala Selangor. Hasrat kita adalah supaya anak-anak ini dapat menyambut tahun baru persekolahan nanti dengan beg sekolah baru sumbangan dari warga Jom Layan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka sempena menyambut tahun persekolahan baru pada awal 2010 nanti.
Projek kutipan derma dari warga Jom Layan ini akan bermula pada 1 November 2009 hingga 30 November 2009. Kita menganggarkan kos sebuah beg adalah RM 30.00. Akan tetapi warga Jom Layan adalah bebas untuk menderma sebarang jumlah mengikut kemampuan mereka.

Penyampaian beg sekolah kepada penghuni rumah tunas harapan akan diadakan dalam pertengahan bulan disember nanti.
Sumbangan derma boleh disalurkan kepada akaun berikut:-
Maybank 162115923164
Nama Pemegang akaun : Nazaruddin Sharif
Selepas sumbangan derma sila email notifikasi kepada alamat email berikut untuk membantu kami dalam menyimpan rekod derma anda:-
jomlayanderma@gmail.com
Semoga bantuan anda semua dalam menjayakan program ini akan diberkati. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi membantu.