JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...

Full Version: MAJLIS PENYERAHAN DERMA JOMLAYAN
You're currently viewing a stripped down version of our content. View the full version with proper formatting.
salam warga jomlayan

Alhamdulillah sempena tahun baru 2010 ini..Jomlayan.com telah berjaya menganjurkan satu aktiviti yang amat bermakna sekali sepanjang penubuhan forum jomlayan.com ini.

pada hari ini 01/01/2010 upacara ringkas telah di laksanakan di sebuah tempat PENGAJIAN AL-QURAN LUQMAN AL HAKIM..majlis penyerahan sumbangan ikhlas forumer jomlayan.com berupa 35buah beg dan RM180/- telah di laksanakan. Sumbangan ini semua adalah hasil dari satu program iaitu PROGRAM AMAL JOMLAYAN YANG PERTAMA.

Jumlah keseluruhan kutipan melalui program ini adalah sebanyak RM750/-

pada petang tadi..saya selaku mewakili semua forumer jomlayan.com dan sebuah lagi badan amal iaitu PERSATUAN JIRAN WANITA TAMAN TELOK GEDONG PORT KLANG...telah menyempurnakan niat ikhlas tuan puan. Syukur kerana majlis yg serba ringkas ini telah sempurna. Persatuan Jiran Wanita Taman Teluk Gedung telah menyumbang kopiah sebanyak 32 keping.

Adalah di maklumkan di sini..Pusat Pengajian Al Quran Luqman Al hakim mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur di atas segala sumbangan yg di berikan oleh pihak tuan puan.

Pihak pentadbir forum Jomlayan.com ingin merakam kan setinggi tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terbabit di dalam menjayakan PROJEK AMAL JOMLAYAN ini, dan tidak lupa juga kepada semua forumer jomlayan.com kerana memberi kepercayaan kepada pihak kami di dalam menguruskan segala kewangan yang didermakan.

mungkin kali ini forumer jomlayan tidak dapat menyertai majlis penyerahan derma kita.INSYAALLAH di lain projek amal..kita akan lebih tersusun dan di harapkan forumer dapat meluangkan masa bersama-sama untuk ke sebarang majlis kebajikan. AMIN.

**PROJEK AMAL JOMLAYAN -2
akan kita lancarkan tidak lama lagi..adalah di maklumkan juga..bahawa Pusat Pengajian Al Quran Luqman Al Hakim ini masih banyak kekurangan nya..terutama dari segi prasarana dan reakrasi penuntut nya. Jomlayan.com ingin memaklumkan bahawa kita memerlukan kerjasama dari pihak forumer yg berminat untuk mengujudkan satu TEAM AMAL JOMLAYAN bagi menguruskan sebarang projek amal kita.

akhir sekali

TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERFORUM









alhamdulillah...
Alhamdullilah projek ini berjaya disempurnakan jua. Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan cadangan GJ supaya diwujudkan team amal jomlayan amatlah baik sekali dan diharap mendapat sokongan dari semua. Walaupun JL kini dilanda musim dingin(camne nak lawan penangan FB... hahaha) di harap kita semua dapat menjenguk dan memberi sokongan seadanya.
sy ni nak kembali ektif ler (kunon), salam wizz
hehe... enjin konon nya bersemangat kembali...

salam enjin... ngeh ngeh ngeh

whizz Wrote:
hehe... enjin konon nya bersemangat kembali...

salam enjin... ngeh ngeh ngeh


haha... seee, ko pun nak gelakkn sy..

kasik ler kata2 semangat... isk

insyaALLAH..di harapkan JL akan terus ujud...dan terus mendapat sokongan dari semua forumer sama ada yang lama atau yang baru

pada yang baru atau belum register di forum ini..kita alu-alukan kehadiran anda semua bagi memeriahkan kembali jomlayan ini..dan sambil tu kita boleh ujudkan kembali komuniti kita yang lebih aktif di dalam dan luar forum ini.
Syukur....

seronok rasa nya bila melihat kan pelajar2 ini gembira mendapat sumbangan...ini adalah kali pertama pusat pengajian ini mendapat sumbangan dari pihak luar


bahagian atas pusat pengajian ini merupakan asrama para pelajar...



pemandangan bahagiab dapur pusat ini....kawasan yg berbumbung zink adalah merupakan tempat makan para pelajar...mereka akan makan di situ secara bersila dan berkongsi seramai 4 orang dalam sebekas makanan ( berupa bentuk dulang )


almari yang menempatkan buku ugama dan al quran
Pages: 1 2
Reference URL's