JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...

Full Version: Dosa doa kecelakaan orang lain
You're currently viewing a stripped down version of our content. View the full version with proper formatting.
Dosa doa kecelakaan orang lain

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR 7 Mac - Perbuatan mendoakan kecelakaan orang lain perlu dihentikan kerana ia berdosa dan tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak ada nas menunjukkan ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW mengajar orang untuk menjadi jahat.

"Tujuan doa dan solat hajat adalah untuk sesuatu perkara yang baik dan agama Islam tidak pernah mengajar kita untuk mendoakan kejahatan kepada orang lain.

"Semasa Nabi Muhammad kena pukul di Taif pun, baginda masih berdoa untuk orang yang membuat kezaliman terhadapnya," ujar beliau selepas menutup Kursus Pengamatan Nilai-Nilai Islam Dalam Penugasan Harian di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan parti pembangkang yang mahu mengadakan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam agar Ahli Parlimen Bagai Serai, Mohsin Fadzli Samsuri ditimpa bala jika tidak melepaskan kerusi Parlimen tersebut.

Rabu lalu, Mohsin Fadzli mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman serta tidak puas hati dengan pendirian parti itu yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti itu dan mengisytiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Menurut Jamil, tindakan mengadakan solat hajat dan berdoa untuk kecelakaan orang lain adalah satu penyalahgunaan agama yang tidak sepatutnya berlaku.

"Perbuatan tersebut berdosa kerana kita tidak boleh mendoakan kecelakaan sesama umat Islam.

"Saya nasihatkan kepada mereka yang melakukan perbuatan itu supaya menghentikannya dan jangan kerana politik, kita hilang pertimbangan agama," jelasnya.

Sementara itu, mengulas gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ini, Jamil memberitahu, kesedaran individu amat penting dalam membendung gejala tersebut.

Jelasnya, sebelum melakukan sesuatu yang buruk dan mengaibkan, seseorang itu perlu berfikir tentang akibat yang akan berlaku kemudian hari disebabkan perbuatan mereka.

"Tahap pendidikan di negara ini sudah tinggi dan jarang kita dengar mengenai remaja yang tercicir pelajaran. Bagaimanapun mereka perlu pandai menjaga diri dan sedar akibat daripada pergaulan yang terlampau bebas," katanya.
dasat btoi Datuk Seri Jamil Khir Baharom nih....buleh nmpak kuman kat seberang laut...hehehe....
teguran dia tu kan secara umum dan juga utk semua pihak termasuklah kita...
kita selalu berkata perlunya memulakan pendekatan agama sebenar dari dalam diri dan keluarga kita...
cara berfikir kita itulah yang harus diubah terlebih dahulu...
jika kita berterusan mencari2 salah org lain, bila kita hendak maju kehadapan dan balik ke pangkal jalan...
sy selalu mendoakan agar allah memberikan balasan yg setimpal kepada sesiapa yg menganiayai diri sy selama ini...
adakah ini dianggap berdosa?

anna82 Wrote:
sy selalu mendoakan agar allah memberikan balasan yg setimpal kepada sesiapa yg menganiayai diri sy selama ini...
adakah ini dianggap berdosa?


saya fikir tidak perlulah kita mendoakan keburukan keatas orang lain termasuklah kepada mereka yang menaniayai diri kita...
bukankah telah dijanjikan balasan keatas setiap kebaikkan dan kezaliman walaupun sebesar zarah sekalipun...
jika kita masih terus mendesak dikhuatiri ianya memungkinkan kita terkeluar dari meyakini rukun yang enam itu...
segala2nya kita serahkan kepadaNYA saja...

alamak!!tak pasal2 dapat dosa free je...adeh!!
pasni tak leh nak cakap2 or mendoakan lagik dah..ape yg berlaku diamkan aje...
fuuhhh!!!!
terlalu byk kesalahan yang kita sedang dan telah lakukan tanpa kita sedar...
jika dikumpul2 berapa banyaklah agaknya kan...
kalau kesalahan tu kita sedar pasti kita mampu bertaubat cepat2 atau sekurang2nya mengelak dari melakukannya...kan..?
memang...kadang kite sedar..kadang2 kite ingt mende tu biasa je..padahal..sbnrnye mende yg kite ucapkan serta lakukan sbnrnye ada/punyai sesuatu yg kite tak sedari dan ketahui....
yg kite nampak dan sedar tu mungkin leh cover up balik...
tp yg kite baru tersedar...aduyaiii.....
bak kate pepatah..."sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanye"....
tp kalu dah penah buat(kite sedar) jgn la pulak dok gatai2 nak wat balik....hihihihihi....
selama 28thun ni....ana rasa begitu bnyk perkara yg telah menyedari ana....
sblm ni..men blasah je...hihiihi..jiwa remaja la katakan.. sengih
Aku bkn hapa.....teguran datuk seri tu sepatutnya lebih menyeluruh bukan hanya takat tegur bila pembangkang buat salah saja. Sbb klu korang perasan ler depa hanya akan tegoq bila pembangkang saja buat salah. Ini boleh menyesatkan umat. Sbb penyokong Kerajaan tentu akan menyangka apa yg kerajaan buat semua btoi...semua tak berdosa..sbb ulama tak penah tegur pun....Klu org berpengetahuan agama mcm ni tak berani tegur.....umat akan lebih jauh dari agama. Ini lah yg berlaku di negara kita sekarang ini....atau kita patut guna forum mcm ni utk tegur kesalahan kerajaan? Klu ya...tak perlu lah org mcm datuk seri tu berada dalam kerajaan? bek balik kampung bukak kedai repair beskal...
ada benar juga apa yg ko katakan tu nurharish...
Pages: 1 2
Reference URL's