JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...
                                           
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
  • Game Section

Current time: 04-09-2010, 09:18 AM Hello There, Guest! (Login — Register)

JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua... / INFO DUNIA GLOBALISASI / Layan Politik Semasa / Bahana bila miliki kuasa

Fivio Internet Services

Post Reply  Post Thread 
Pages (2): « First [1] 2 Next > Last »
Threaded Mode | Linear Mode
Bahana bila miliki kuasa
Author Message
followthewolf_king Male
+++ peace of mind +++
Moderators

Posts: 8,489
Group: Moderators
Joined: 10-06-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 165
JL$: 243324

xFireName: voices from the past
Post: #1
Bahana bila miliki kuasa

SUATU ketika dahulu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas begitu bangga mendabik dada dengan menganggap kononnya merekalah parti yang paling sempurna, tiada cah keting, tiada perbalahan dan tiada pertelingkahan.

Bagi mereka, segala tabiat buruk berpolitik hanya ada dalam Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO. Mereka memperbesar-besarkan isu perebutan jawatan dan pertelingkahan dalam komponen BN dan menguar-uarkan bahawa era pemerintahan parti itu kini berada di penghujung.

Pas terutamanya sering menampakkan bahawa dalam apa juga situasi sekalipun mereka yang terbaik, begitu juga PKR yang cuba menggambarkan parti mereka dipimpin oleh individu-individu yang tiada masalah moral, apatah lagi akan terlibat dalam rasuah atau penyelewengan. Semua itu hanya akan dilakukan oleh BN, dakwa mereka.

Tetapi apa yang berlaku sejak kebelakangan ini sudah jelas membuktikan bahawa selagi bernama parti politik maka selagi itu, Pas dan PKR juga tidak akan terlepas daripada fenomena atau sindrom yang melanda parti politik.

Politik tetap politik, ia berkaitan dengan perebutan kekuasaan dan kedudukan, malah jika tersilap langkah oleh kerana kuasa berada dalam tangan maka penyelewengan pun akan berlaku.

Dulu semasa tiada kuasa dan berpengaruh, Pas dan PKR boleh berkata apa sahaja, mereka boleh mendakwa parti mereka sempurna kerana segalanya akan diselesaikan melalui musyawarah dan kesepakatan demi mencapai matlamat menumbangkan BN dan UMNO.

Perebutan jawatan biarpun berlaku akan cuba diredakan dengan menuduh media-media arus perdana sengaja hendak memecah- belahkan parti-parti pembangkang, tetapi bagaimana dengan kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengakui wujudnya budaya 'cah keting' atau cantas mencantas dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut?

Bagaimana pula dengan pembubaran PKR bahagian Kuala Selangor, apabila 13 Ahli Jawatankuasanya bertindak meletakkan jawatan kerana hilang kepercayaan kepada Ketua Bahagian yang juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim? Tidakkah semua ini penyakit dalam berpolitik.

'Cah keting' dalam Pas bukanlah perkara baru, malah menurut seorang pemimpin Pas yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada penulis, ia semakin ketara ketika pemilihan barisan kepimpinan parti itu pada muktamar di Shah Alam tahun lalu.

''Ia adalah budaya luar yang dibawa masuk oleh PKR ke dalam Pas melalui pemimpin- pemimpin yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dulu dalam Pas tidak ada 'cah keting' kerana semua pemimpin lebih bermusyawarah, apatah lagi apabila melibatkan jawatan-jawatan penting dalam parti," kata pemimpin tersebut.

Semua itu berlaku kerana ada di kalangan pemimpin-pemimpin melihat bahawa Pas kini semakin berpengaruh dan begitu yakin melalui kerjasama dengan PKR dan DAP mereka akan berupaya menumbangkan BN.

Oleh itu sekarang adalah saat terbaik untuk berebut jawatan dalam parti. Walaupun semua itu sekadar impian tetapi bagi pemimpin-pemimpin Pas yang bercita-cita tinggi, ia adalah soal kedua.

Apa yang melucukan ialah apabila budaya 'cah keting' berlaku dalam Pas, Nik Abdul Aziz mengingatkan kita mengenai peristiwa anak Nabi Adam, apabila Qabil membunuh adiknya sendiri kerana menganggap ia pergelutan antara nafsu jahat dan nafsu baik.

Tetapi apabila budaya itu didakwa berlaku dalam UMNO, maka tidak pula hujah anak Nabi Adam itu dikeluarkan, sebaliknya pelbagai tuduhan dilemparkan. Kalaulah Pas benar-benar memperjuangkan politik Islam sudah tentulah budaya buruk itu tidak berlaku.

Demikianlah sikap pemimpin pembangkang, kalau UMNO dan BN buat, itu melambangkan keburukan dan kejahatan tetapi kalau berlaku kepada mereka, ia dianggap ujian dan cabaran.

Lebih malang lagi, apabila isu itu mendapat perhatian, maka mereka menganggap semua yang terjadi adalah permainan politik UMNO.

Namun pembangkang selamanya tidak boleh berpura-pura tentang soal bagaimana budaya buruk akibat memiliki kuasa selain cah keting turut boleh melanda mereka. Pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor contohnya sudah menjadi bukti bagaimana apabila kuasa sudah di tangan, pergolakan pun tidak dapat dielakkan.

Abdul Khalid boleh berkata apa sahaja mengenai pembubaran itu, malah beliau juga berhak untuk mencabar mana-mana pemimpin PKR untuk meninggalkan parti itu. Tetapi dari satu segi ia membuktikan bagaimana baru setahun jagung memegang tampuk kekuasaan, pelbagai masalah sudah berlaku.

Kalaulah bahagian sendiri pun Abdul Khalid gagal untuk mengawalnya, bagaimanakah beliau hendak terus memerintah Selangor yang kini sedang berhadapan dengan pelbagai kemelut? Tidakkah ini akan membuka ruang kepada sesetengah pemimpin dalam PKR untuk 'mencucuk jarum' supaya Abdul Khalid disingkirkan dan jawatan Menteri Besar diserahkan kepada orang lain yang selama ini begitu mengidamkannya?

Mungkin Abdul Khalid boleh menganggap ia satu cerita dongeng tetapi setakat ini yang mewujudkan cerita dongeng di Selangor kononnya PKR mampu memerintah dengan sempurna tanpa kekalutan politik adalah Abdul Khalid dan PKR sendiri.

Pembubaran PKR bahagian Kuala Selangor, bukanlah konflik pertama melanda PKR Selangor, malah pada 29 Oktober lalu, Ahli Dewan Undangan Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan diri keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN bebas.

Semua ini sudah menjadi bukti bahawa PKR bukanlah sebuah parti yang sempurna biarpun pemimpin utamanya, Anwar sering menguar-uarkan seolah-olah merekalah yang terbaik.

Kita harus ingat sebelum kemelut di Selangor, PKR sebelum ini sudah berhadapan dengan konflik politik di Kedah dan Perak, semua itu berkaitan dengan kekalutan apabila sudah mempunyai kuasa.

Kesimpulan, apa yang berlaku kepada Pas dan PKR ini sudah menjadi bukti bahawa mereka pun tidaklah sehebat dan sesempurna mana, oleh itu tidak perlu mereka terlalu melihat apa yang dilakukan atau berlaku dalam BN dan UMNO buruk belaka. Ia kerana kita bimbang suatu hari kelak, ketika Pas dan PKR asyik menuding kain orang lain terkoyak, kain sendiri sudah terlondeh!

Melayu terbahagi tiga, UMNO, PAS dan PKR.
Undi Cina undi penentu.
Tak ikut kemahuan mereka, berkemungkinan kalah.
27-01-2010 10:12 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows 9x/NT/2000Internet Explorer
enjiNyior Female
Tan Sri JL
*******

Posts: 6,326
Group: Registered
Joined: 17-08-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 103
JL$: 33613
Post: #2
RE: Bahana bila miliki kuasa

media slalu mengembar gemburkan statement pembangkang... tapi kutukan & penafian BN byk terpapar kat media kat TV, kat NTS, kat Star, kat Utusan, kat Sun, kat Berita Harian... in other word, lagi byk sumber penafian atau pembodohan pihak kejaan pd pembangkang... ada org sedar x

disbbkan very limited time yg diberikan pd segmen tertentu kat dlm media, maka hanya sebahgian penjelasan pembangkang jer yg dipaparkan.. kebayakan nya penjelasan x abis, tapi dah kena cut... maka ramai yg keliru...

sbb tuh sy x sker tengok akbar atau media tertentu kerana mender2 macam nih lah... sker nak kelirukan penonton...

tapi don't worry lah wup... rakyat dah bijak ler nak menilai... dah tau yg mana benar & mana manipulasi...

klu ragu2, sy x kan beri komen pon...

Buat Baik Bepada-pada
28-01-2010 06:43 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
followthewolf_king Male
+++ peace of mind +++
Moderators

Posts: 8,489
Group: Moderators
Joined: 10-06-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 165
JL$: 243324

xFireName: voices from the past
Post: #3
RE: Bahana bila miliki kuasa

rakyat negara mana yg bijak tu...?
rakyat yg bijak tidak akan berputus asa mengikuti perkembangan kedua2 pihak dan akan mengambil kira semua aspek samada yg baik atau buruk untuk dipertimbangakan akal mereka....tetapi malangnya amalan ini tidak berlaku kepada kebanyakan rakyat malaysia generasi sekarang yg mana mereka mendakwa bahawasanya mereka ini semakin bijak...
alahai....

Melayu terbahagi tiga, UMNO, PAS dan PKR.
Undi Cina undi penentu.
Tak ikut kemahuan mereka, berkemungkinan kalah.
29-01-2010 03:06 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows 9x/NT/2000Internet Explorer
enjiNyior Female
Tan Sri JL
*******

Posts: 6,326
Group: Registered
Joined: 17-08-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 103
JL$: 33613
Post: #4
RE: Bahana bila miliki kuasa

followthewolf_king Wrote:

mmg pon kita amik perkembangan kedua2nya... sbb tu lah kita tau yg mana elok dan yg mana LEBIH ELOK... pihak kejaan terlalu mementingkan diri sendiri, polisi yg ketinggalan zaman, lepas tuh cipta polisi yg lebih terok dr dahulu... contoh pemberian contract kat kroni yg x qualified atau menghalalkan pekara haram dlm syrat contract (contoh pemberian brg free atau pemberian hadiah (sbb nak dpt duty free) atau perlaksaan projek yg x lengkap atau memasokkan syarat tambahan mcm bagi percution free kat CEO)... you don't think you can fool everybody ka!

kenapa rakyat memberontak skrg nih adalah disebabkan org dah nampak & sedar sume kepincangan yg telah & akan dilakukan..

jgn ingat org lain x tau laksanakan good governance... cuba tukar & tengok hasilnya...

ada brani???....

working level x payah tukar sbb dia sendiri akan tukar apabila sekufu (boss yg kuat rasuah) dia tukar... yg penting skali kena tukar cara kepimpinan... rasa amrno bleh tukar ker.... I DON'T THINK SO

Buat Baik Bepada-pada
29-01-2010 01:51 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
followthewolf_king Male
+++ peace of mind +++
Moderators

Posts: 8,489
Group: Moderators
Joined: 10-06-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 165
JL$: 243324

xFireName: voices from the past
Post: #5
RE: Bahana bila miliki kuasa

enjiNyior Wrote:

ada sama mcm pak nik buat takk????
ke lain...?

enjiNyior Wrote:
kenapa rakyat memberontak skrg nih adalah disebabkan org dah nampak & sedar sume kepincangan yg telah & akan dilakukan..

lupakah enjin rakyat memberontak berpunca anwar ibrahim pada tahun 98 bukan....?
bukan hanya kerajaan BN tu busuk semata2...
anwar menghasut dan membuat segala fitnah termasuk yang tak boleh diterima akal...
adakah manusia yang mudah dihasut dan mudah dipengaruh ini yang boleh kita katakan rakyat yang betul2 bijak...????
kita harus ingat...manusia yang bijak itu tidak akan sekali2 bertindak hanya mengikut perasaan hatinya...
tetapi mereka bertindak melalui pertimbangan akalnya...

enjiNyior Wrote:
jgn ingat org lain x tau laksanakan good governance... cuba tukar & tengok hasilnya...

ada brani???....

tak berani dan lebih baik taik usah la....
jangan amik risiko nak gadai kedudukan ISLAM kita pada DAP hanya kerana perasaan marah kita kepada kerajaan...
PAS pun tunduk kat depa tu...masih tak perasan eh????
jangan la tukar eh...?

enjiNyior Wrote:
working level x payah tukar sbb dia sendiri akan tukar apabila sekufu (boss yg kuat rasuah) dia tukar... yg penting skali kena tukar cara kepimpinan... rasa amrno bleh tukar ker.... I DON'T THINK SO

satu lagi bentuk pemikiran rakyat yg mendakwa begitu bijak hasil dari usaha anwar ibrahim...

p/s...perkara yang paling susah untuk ditukar dalam diri manusia itu adalah cara dia berfikir mengatasi perasaannya...
jika apa yang difikir itu baik dan mampu mengatasi perasaan hatinya...maka lahirlah pemikiran yang baik itu melalui perbuatannya...
jika sebaliknya pula akan hancur lah dunia ini dikesudahannya...

Melayu terbahagi tiga, UMNO, PAS dan PKR.
Undi Cina undi penentu.
Tak ikut kemahuan mereka, berkemungkinan kalah.
30-01-2010 11:07 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows 9x/NT/2000Internet Explorer
enjiNyior Female
Tan Sri JL
*******

Posts: 6,326
Group: Registered
Joined: 17-08-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 103
JL$: 33613
Post: #6
RE: Bahana bila miliki kuasa

so obvious that you hate anuar...

I don't blame anybody kat dlm kejaan... I blame the polisi & perlaksanaan yg maseh ketinggalan & perlu byk pembaharuan... sapa yg buat polisi??? , pikir sendiri lah kan..

dlm dewan rakyat pon dorg bkan bincang sgt pasal nih... yg org sibuk adalah pasal elaun tambahan...

byk cukai, maka byk ler elaun yg nak direbut... lagi byk penswastaan, lagi bagus org kata "less man more share"..

yg tersepit org middle class & org miskin yg peratusannya x berganjak malah bertambah... sbb peningkatan jurang pendapatan yg tinggi.

kenapa sy ckp mcm nih.... sbb sy akan jadi sebahgian dr mereka (rakyat termiskin) bila pencen nanti... Klu umo panjang & wit EPF dah abis... maka sy ada kebarangkalian utk meminta2 (kat adik-badik)... " semoger Allah murahkan rezeki utk sy dan org2 Islam yg seangkatan ngan sy "

ko pedulik apa kan sbb ko businessman... kroni pon ramai...

Buat Baik Bepada-pada
02-02-2010 07:30 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
followthewolf_king Male
+++ peace of mind +++
Moderators

Posts: 8,489
Group: Moderators
Joined: 10-06-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 165
JL$: 243324

xFireName: voices from the past
Post: #7
RE: Bahana bila miliki kuasa

enjiNyior Wrote:
so obvious that you hate anuar...

ya...aku benci dgn agenda dia cuba menjahanamkan melayu dan islam termasuk memecah belahkan parti PAS yg tidak lagi seperti dahulu dimana ia boleh menjadi parti alternatif melayu jika sesuatu berlaku terhadap UMNO...
di sebahagian yg lain aku tidak boleh benci kepada dia kerana dia juga seorang hamba seperti kita...

enjiNyior Wrote:
I don't blame anybody kat dlm kejaan... I blame the polisi & perlaksanaan yg maseh ketinggalan & perlu byk pembaharuan... sapa yg buat polisi??? , pikir sendiri lah kan..

siapakah didalam fikiran anda?

enjiNyior Wrote:
dlm dewan rakyat pon dorg bkan bincang sgt pasal nih... yg org sibuk adalah pasal elaun tambahan...

byk cukai, maka byk ler elaun yg nak direbut... lagi byk penswastaan, lagi bagus org kata "less man more share"..

dan juga kereta2 rasmi...

enjiNyior Wrote:
yg tersepit org middle class & org miskin yg peratusannya x berganjak malah bertambah... sbb peningkatan jurang pendapatan yg tinggi.

kenapa sy ckp mcm nih.... sbb sy akan jadi sebahgian dr mereka (rakyat termiskin) bila pencen nanti... Klu umo panjang  & wit EPF dah abis... maka sy ada kebarangkalian utk meminta2 (kat adik-badik)...   " semoger Allah murahkan rezeki utk sy dan org2 Islam yg seangkatan ngan sy "

sebab itu Baginda Rasulullah ada mengatakan bahawa 9 drpd 10 punca rezeki yang baik adalah dgn berniaga tetapi wajiblah kita mengikut hukum2 muamalat yg ditetapkan....
anda masih tidak faham akan konsep itu...
berniaga yang dimaksudkan disini bukan lah untuk mencari kekayaan tetapi salah satunya adalah mengeluarkan diri kira dari jajahan atau terikat dgn peraturan orang lain dalam usaha kita mencari rezeki...
bagaimana jika bos kita itu mengamalkan rasuah dan sebagainya sebagai protokol...????
dgn rasa bangganya anda pasti menjawab anda terpaksa kononnya...
inikah alasan yang terlalu mudah yang boleh kita berikan sedangkan kita masih ada pilihan yang lain iaitu berhenti kerja atau lain2 tetapi kebanyakkan kita pasti tidak akan berani bukan...????
fikirkan lah ya...jgnlah terlalu mudah menunding jari melempar kesalahan terhadap org lain sedangkan diri kita ini sendiri masih begitu lemah dan bodoh...

Baginda juga ada mengatakan yang memberi itu lebih mulia dari yang menerima...
jadi elakkan lah daripada meminta2 walau apa jua keadaan sekalipun...

enjiNyior Wrote:
ko pedulik apa kan sbb ko businessman... kroni pon ramai...

kerana mengambil peduli la aku masih dilabel kontraktor miskin kerana masih tidak lagi kaya raya...
kerana apa...
kerana aku ini masih lagi salah seorang kontraktor melayu yang masih berpegang teguh pada prinsip "kontraktor melayu itu masih boleh bertahan tanpa mengambil tender kerajaan" yang mana ianya sinonim dgn rasuah bukan...???

apapun...mentality anda memang mentality pembangkang....
gemar membuat pertuduhan tanpa mengenali seseorang...

Melayu terbahagi tiga, UMNO, PAS dan PKR.
Undi Cina undi penentu.
Tak ikut kemahuan mereka, berkemungkinan kalah.
03-02-2010 01:37 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows 9x/NT/2000Internet Explorer
enjiNyior Female
Tan Sri JL
*******

Posts: 6,326
Group: Registered
Joined: 17-08-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 103
JL$: 33613
Post: #8
RE: Bahana bila miliki kuasa

lor... sy kan mmg terang2 pembangkang... ko baru sedar ker haper

amrno mmg terang2 sy tolak sbb sy ada byk bad experince and see too much bad things done in armno (bukan fitnah but I cannot tell, nanti I bleh masok lokap)
w/p makpak sedara mara & pokcik2 ada yg berpangkat but they did not impress me.. kekadang sikap bongkak & tamak tuh terserlah jugak w/p dorg cuba nak deny

klu ko nak salahkan sy sbb keje ngan kompeni nih... apa pulak nasihat ko kat menteri2 pengamal rasuah yg x mo letak jawatan tuh ???

Klu sy x setuju ngan kepimpinan maka sy x ikot dia sbb sy dah jumpa alternative yg lebih baik... sbb sy percaya dengan Islam & perjuangan Islam...

mmg berniaga lebih elok tapi x suma org boleh berniaga & sy tergolong dlm org2 yg x boleh berniaga. Sbb klu sy berniaga nanti sy akan bagi dorg cost price (last2 x untung), sy juga lebih cenderung utk kena tipu sbb kelemahan sy yg percaya pada paperworks w/p paperworks skrg nih byk yg dimodify.

bila dah pencen nanti sy cuma makan wit EPF jer (zakat pon kena kuar jugak tetiap th). Watnyer idop lebih dr 80 th.... huh, x mampu sy nak imagine...

Yess, I know rejeki dr Allah & sy percaya rejeki tuh ada... tapi rejeki kena dicari, ada yg dtg bergolek tp sy x pandai nak identify rejeki yg dtg bergolek tuh..

Buat Baik Bepada-pada
03-02-2010 07:10 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
followthewolf_king Male
+++ peace of mind +++
Moderators

Posts: 8,489
Group: Moderators
Joined: 10-06-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 165
JL$: 243324

xFireName: voices from the past
Post: #9
RE: Bahana bila miliki kuasa

enjiNyior Wrote:
lor... sy kan  mmg terang2 pembangkang... ko baru sedar ker haper

bukanlah soal sifat pembangkang yang hendak diketengahkan aku terhadap ko tetapi mentality ko yang suka menuduh orang lain dan membuat spekulasi sendiri tanpa mengambil kira perbuatan itu mampu mengundang fitnah dan pertelagahan...
ajaran ISLAM yang dibawa PAS kah ini...?
adakah tindakkan ini juga boleh dikatogerikanb sebagai perbuatan rakyat yang semakin bijak...???

Melayu terbahagi tiga, UMNO, PAS dan PKR.
Undi Cina undi penentu.
Tak ikut kemahuan mereka, berkemungkinan kalah.
03-02-2010 08:47 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows 9x/NT/2000Internet Explorer
enjiNyior Female
Tan Sri JL
*******

Posts: 6,326
Group: Registered
Joined: 17-08-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 103
JL$: 33613
Post: #10
RE: Bahana bila miliki kuasa

followthewolf_king Wrote:
bukanlah soal sifat pembangkang yang hendak diketengahkan aku terhadap ko tetapi mentality ko yang suka menuduh orang lain dan membuat spekulasi sendiri tanpa mengambil kira perbuatan itu mampu mengundang fitnah dan pertelagahan...
ajaran ISLAM yang dibawa PAS kah ini...?
adakah tindakkan ini juga boleh dikatogerikanb sebagai perbuatan rakyat yang semakin bijak...???

sy x tau ler nak ckp apa... komen lebih skit ckp kita fitnah...

bila kita mengenali sesorg, kita akan baca naluri dia (dlm pikiran), lepas tuh kita akan cuba kenali diri dia lebih lanjut (berdasarkan perbuatan & body language) lepas tuh kita akan tengok konsistensi pendapat & amalan dia. Dr situh kita boleh meneka atau mengjangka apa tindakan dia...

in this case, komen sy adalah berdasarkan ada yg telah berlaku dr situ kita buat andaian... andaian bukan fitnah sbb andaian digunapakai dlm perundangan sebelum fakta dibuktikan atau dikupas...

tapi klu komen sy dianggap fitnah...

THEN I WILL STOP COMMENT IN ANY OF YOUR POSTING... THANK YOU

Buat Baik Bepada-pada
04-02-2010 01:51 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
Pages (2): « First [1] 2 Next > Last »
« Next Oldest | Next Newest »
Post Reply  Post Thread 

Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies: Views: Last Post
  Allah itu Maha Kuasa din 23 393 12-01-2010 08:34 PM
Last Post: enjiNyior
  MCA pecat Chua Soi Lek, kuat kuasa serta-merta baguznet 4 141 06-09-2009 06:02 PM
Last Post: nurharish
  Jawatan Kuasa Bayangan/Khayalan followthewolf_king 0 107 11-04-2009 05:50 PM
Last Post: followthewolf_king
  bila-bila saya suka followthewolf_king 4 70 28-03-2009 10:33 AM
Last Post: followthewolf_king
  Abdullah tetap serah kuasa followthewolf_king 0 73 02-03-2009 04:39 AM
Last Post: followthewolf_king

View a Printable Version
Send this Thread to a Friend
Subscribe to this Thread | Add Thread to Favorites

Forum Jump:
JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com

Register Akaun Standard Forex Dengan Komuniti JomLayan
Contact Us | JomLayan.Com | Return to Top | Return to Content | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication

Powered By MyBB
Copyright © 2002-2010 MyBB Group