JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...
                                           

  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
  • Game Section

Current time: 08-09-2010, 12:05 PM Hello There, Guest! (Login — Register)


JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua... / INFO DUNIA GLOBALISASI / Layan Politik Semasa / Jangan hendak jadi Mat Jenin - Hadi Awang

jom_iklan

Post Reply  Post Thread 
Threaded Mode | Linear Mode
Jangan hendak jadi Mat Jenin - Hadi Awang
Author Message
followthewolf_king Male
+++ peace of mind +++
Moderators

Posts: 8,489
Group: Moderators
Joined: 10-06-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 165
JL$: 243324

xFireName: voices from the past
Post: #1
Jangan hendak jadi Mat Jenin - Hadi Awang

Jangan hendak jadi Mat Jenin - Hadi Awang
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Kerajaan impian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya dibentuk esok, terbukti hanyalah satu pembohongan dan tidak mungkin menjadi kenyataan.

Beberapa pihak yang dihubungi hari ini menyifatkan ia tidak mungkin wujud dan hanya bertujuan sebagai perang psikologi bagi melemahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, kerajaan yang digembar- gemburkan oleh Anwar esok belum menunjukkan apa- apa yang nyata sehinggalah ke hari ini.

''Janganlah hendak jadi Mat Jenin. Jika kerajaan baru tidak berteraskan Islam, Pas tidak akan berkompromi.

''Tidak kiralah sama ada Anwar atau UMNO yang akan menjadi Perdana Menteri. Ini adalah pendirian saya sebagai Presiden Pas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar berulang kali mencanangkan pakatan pembangkang akan mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 September ini.

Berikutan itu juga, lima pemimpin PKR ke Taiwan bagi memujuk anggota Parlimen BN yang sedang dalam rangka lawatan ke negara itu untuk menyertai mereka.

Yang di-Pertua Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah, Ismail Abdul Halim pula berkata, penubuhan sebuah kerajaan baru esok tidak masuk akal sama sekali dan hanya akan berlaku jika pemimpin Malaysia sudah dilanda penyakit korupsi yang serius.

''Jumlah wang yang banyak diperlukan untuk membayar seorang Ahli Parlimen untuk lompat parti," katanya.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Hussein Al-Habshee menegaskan, melayan kerenah Anwar yang menggembar-gemburkan hasratnya untuk menubuhkan kerajaan esok hanyalah membuang masa semua pihak.

''Apabila Anwar menghebahkan bahawa kerajaan sedia ada akan diganti, ia akan menyebabkan pelabur berfikir dua kali untuk melabur di Malaysia,'' ujarnya.

Beliau berkata, pelabur juga kemungkinan akan lari ke negara lain dan ini sekali gus melemahkan ekonomi negara serta memberi kesan negatif kepada kerajaan BN.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pula berkata, rakyat negara ini telah diperbodohkan oleh PKR yang kononnya pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan baru esok.

Ibrahim berkata, rakyat sepatutnya menilai apa yang telah dilakukan PKR dan sewajarnya peralihan kerajaan dilakukan secara demokrasi seperti melalui pilihan raya.

"Apa yang saya boleh katakan rakyat sebenarnya telah diperbodoh-bodohkan oleh PKR dan saya tidak nampak asasnya akan berlaku perkara seperti itu," katanya.


Melayu terbahagi tiga, UMNO, PAS dan PKR.
Undi Cina undi penentu.
Tak ikut kemahuan mereka, berkemungkinan kalah.
16-09-2008 04:02 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
followthewolf_king Male
+++ peace of mind +++
Moderators

Posts: 8,489
Group: Moderators
Joined: 10-06-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 165
JL$: 243324

xFireName: voices from the past
Post: #2
RE: Jangan hendak jadi Mat Jenin - Hadi Awang

tak akan menjadi kenyataan pembangkang memerintah jika berdasarkan apa yang diucapkan hadi...


Melayu terbahagi tiga, UMNO, PAS dan PKR.
Undi Cina undi penentu.
Tak ikut kemahuan mereka, berkemungkinan kalah.
16-09-2008 04:03 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
« Next Oldest | Next Newest »
Post Reply  Post Thread 

Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies: Views: Last Post
  AL KISAH MERAPU NYA HADI GENG JAHAT 0 89 15-06-2010 12:44 PM
Last Post: GENG JAHAT
  Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia followthewolf_king 8 141 11-03-2010 04:00 AM
Last Post: followthewolf_king
  Jangan putus asa dengan agenda penyatuan followthewolf_king 9 92 19-11-2009 12:56 PM
Last Post: din
  BISIK-BISIK AWANG SELAMAT  “perjuangan kebebasan bersuara” followthewolf_king 3 142 19-11-2009 11:52 AM
Last Post: nurharish
  Kaum Iban tuntut Hadi Awang mohon maaf: Jabu zayteck 16 506 31-07-2009 05:17 PM
Last Post: zayteck

View a Printable Version
Send this Thread to a Friend
Subscribe to this Thread | Add Thread to Favorites

Forum Jump:
JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com
Contact Us | JomLayan.Com | Return to Top | Return to Content | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication

Powered By MyBB
Copyright © 2002-2010 MyBB Group