JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...
                                           

  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
  • Game Section

Current time: 30-07-2010, 07:07 PM Hello There, Guest! (Login — Register)


JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua... / Dunia Wanita.. Dunia Lelaki / Perkahwinan / kenangan semasa hari persandingan

Fivio Internet Services

Post Reply  Post Thread 
Pages (5): « First < Previous 1 2 3 [4] 5 Next > Last »
Threaded Mode | Linear Mode
kenangan semasa hari persandingan
Author Message
shahliza94 Female
~KetUa wANTa pEMbaNGKANg JL~
Moderators

Posts: 5,929
Group: Moderators
Joined: 31-03-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Away
Reputation: 303
JL$: 535430

xFireName: ~TUN TEJA~
Post: #31
RE: kenangan semasa hari persandingan

ekekeke...lawak citer inaz....best tu kenangan masa kawen susah nak lupa.

kenangan aku lak masa nak nikah ari jumaat. dah set ngan kadhi nak nikah lepas solat jumaat. kat masjid (umah aku dalam kawasan masjid coz ayah aku Noja (tok siak). tiba2 pukul 12.30 tok kadi terpacak kat depan umah aku. kelam kabut ayah aku suruh aku call pengantin lelaki. rerupanya kadi aku tu terpaksa cepatkan majlis coz lepas semayang jumaat dia kena terus ke istana sebab kena bacakan doa untuk sultan johor.sultan johor nak gi mana ntah masa tu aku lupa. Kadi tu nama dia Dato' Hj imam Mahat. org kuat sultan n bekas mufti. kalau korang nak tau..kadi tulah yang nikahkan mak ngan ayah aku dulu n mak ngan bapak mertua aku.
sambung citer tadi....15 minit pastu..pengantin laki sampai...dia sorang jer jln paling depan..family dia sumer tertinggal kat belakang. elok2 dia duduk jer..kadi tu terus pegang tangan dia n nikahkan kami. family hubby aku sampai saksi tgh cakap sah..sah... x sempat nengok. hubby aku cakap cam kene kawen paksa.
petang lepas nikah tu hujan punyelah lebat petir berdentam-dentum. nasib baik aku x sanding petang tu jugak. aku bersanding hari esoknya....


~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

http://shahliza94.blogspot.com
01-06-2008 09:47 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
shahliza94 Female
~KetUa wANTa pEMbaNGKANg JL~
Moderators

Posts: 5,929
Group: Moderators
Joined: 31-03-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Away
Reputation: 303
JL$: 535430

xFireName: ~TUN TEJA~
Post: #32
RE: kenangan semasa hari persandingan

masa sanding esoknya lak.. aku dah setkan ngan hubby aku pengantin mesti sampai kat umah aku kul 3.00 pm. bukan aper umah aku dalam kaw. masjid aku xnak bertembung ngan waktu solat.
kul 3 tu rombongan pun sampai..aku punyalah kecut perut..macam2 rasa ader...nak terkucil ada, nak buang air pun ader..(hehehe dolp...) sampai aku genggam tangan mak andam aku kuat2. dengar bunyik kompang macam nak luruh jantung. huh..x caya tanya inaz..
bila hubby aku sampai depan umah, makcik aku trus bagi dia minum air secawan. pastu kena bayar tol. adat johor mmg camtu...alah sesajer sesuka.
lepas dah posing2 kat pelamin, photographer cadangkan kami makan.eii aku x laparlah..rerupanya photographer tu yang lapar..dia yang memula makan dulu dari pengantin. sudahnya gambo aku kat maintable x banyak.
masa kat maintable lak..tetamu2 semua dah makan... tapi naper nasik pengantin x sampai sampai...? main table cume ader lauk2 jer....maner nasiknya...adehh aku dah malu ngan mak,pak mertua aku..aku cakap kat hubby aku susah2 sangat biar aku jelah yang bangun pi dapur amik nasik...dia halang aku..20 mnt gak tgg..cemaner diaorang leh luper...?
last-last aku lambai tangan kat spupu aku bgtau..terkejutlah dia...cepat2 pi amik nasik untuk maintable...


~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

http://shahliza94.blogspot.com
01-06-2008 09:57 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
shahliza94 Female
~KetUa wANTa pEMbaNGKANg JL~
Moderators

Posts: 5,929
Group: Moderators
Joined: 31-03-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Away
Reputation: 303
JL$: 535430

xFireName: ~TUN TEJA~
Post: #33
RE: kenangan semasa hari persandingan

masa kawen dulu aku ngajar lagi jadik kebanyakan tetamu dari kalangan anak2 murid aku ngan family dia n cikgu- cikgi, org2 jab. pendidikan. abis majlis..ngan baju pengantin aku n hubby aku terus naik keta gi umah nenek dia kat st.view. (heheh kaw.umah rhea). nenek dia nak sangat nengok kitorang bersanding tp dia dah xleh bangun coz sakit tua..jadik we all lah yang datang sana....

kenangan kat belah lelaki...
memula cadangnya siang buat majlis kat umah aku n belah hubby buat dinner pada hari yang sama. tapi seminggu sebelum tu dapat surat dari MBJB majlis hubby aku terpaksa ditangguhkan ke minggu depan coz ari tu Dewan Jubli Intan dato' Bandar nak guna, anak sedare dia nak kawen....huaaa..naper last minit booking? we all dah chop dulu dewan tu...tapi saperlah aku nak dibandingkan ngan dato'bandar tu. jadi...ubahlah masa ngan tarikh dalam kad. jenuh gak nasib baik kad lum edar.


~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

http://shahliza94.blogspot.com

This post was last modified: 01-06-2008 10:10 AM by shahliza94.

01-06-2008 10:08 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
shahliza94 Female
~KetUa wANTa pEMbaNGKANg JL~
Moderators

Posts: 5,929
Group: Moderators
Joined: 31-03-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Away
Reputation: 303
JL$: 535430

xFireName: ~TUN TEJA~
Post: #34
RE: kenangan semasa hari persandingan

hubby aku orang yang paling sebuk masa persiapan belah dia. dia ader kat dewan sehari suntuk nak pastikan segala persiapan berjalan lancar. langsung dia x tidur. aku taulah sebab kalau aku call dia dengar riuh rendah je..aku pun xleh tido sebenarnya...
besoknya pukul 2.30 pm kami kene ader sana. pukul 2.00 pm hubby aku baru balik umah dia. kami dah tunggu kat umah dia sebab keta pengantin amik dari umah dia terus ke dewan. hubby aku siap2 teus kami bertolak. mata dia jangan cakaplah..merah coz x cukup tido...sian jugak org adik badik x ramai ni...kene turun padang..yang bestnyer..kengkawan dia masa kat UITM dungun pun datang meriahkan majlis kami...sian diaorang datang dari jauh. hubby aku amik kat terminal.
masa majlis semuanya ok cuma lepas majlis jer......
lepas dah salam2 tetamu hubby aku dah x tahan ngantuk giler...dia pun landing kat pelamin dewan tu terus tido...koma lak tu.
kawan2 dia nak balik kejut2 dia tak bangun. terus x sedar...sian dia.
last2 aku cakap takpelah..biar aku jer hantar korang kat terminal.


~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

http://shahliza94.blogspot.com

This post was last modified: 01-06-2008 10:22 AM by shahliza94.

01-06-2008 10:21 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
shahliza94 Female
~KetUa wANTa pEMbaNGKANg JL~
Moderators

Posts: 5,929
Group: Moderators
Joined: 31-03-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Away
Reputation: 303
JL$: 535430

xFireName: ~TUN TEJA~
Post: #35
RE: kenangan semasa hari persandingan

ekekeke.....aku bukak je tiara ngan veil suruh sepupu aku simpan terus amik kunci keta. maka ari ini dalam sejarah..aku drive hantar kengkawan hubby aku ke terminal ngan baju pengantin...bestnya...kalau nak celah senang jer....orang bagi aku masuk dulu...lawa sangat kot driver dia..yelah...solekan x buang lagi....banyak gak mata yang memandang....aku wat dono jer...

lepas hantar aku balik dewan hubby aku x bangun2 lagi. nak xnak akulah yang kena uruskan urusan pulang memulang kerusi meja ngan hiasan2 maintable. alah..sign jer. bukan susah sangat pun.dah nak maghrib baru dia boleh bangun...penat sangatlah tu..nasib baik x pengsan...

itu jelah kenangan aku. kenangan dah bertukar jadik cerpen..ekekeke
sapa yang bosan tu maaplah yer.....gambar yang aku post kat tred gambar perkahwinan tu majlis belah hubby aku.


~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

http://shahliza94.blogspot.com

This post was last modified: 01-06-2008 10:34 AM by shahliza94.

01-06-2008 10:28 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
shahliza94 Female
~KetUa wANTa pEMbaNGKANg JL~
Moderators

Posts: 5,929
Group: Moderators
Joined: 31-03-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Away
Reputation: 303
JL$: 535430

xFireName: ~TUN TEJA~
Post: #36
RE: kenangan semasa hari persandingan

orang yang bukak tred ni takder kenangan ker...?kongsi-kongsilah...


~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

http://shahliza94.blogspot.com

This post was last modified: 01-06-2008 10:36 AM by shahliza94.

01-06-2008 10:35 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
farha Female
Newbie
*


Posts: 29
Group: Registered
Joined: 30-05-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 5
JL$: 528
Post: #37
RE: kenangan semasa hari persandingan

GENG JAHAT Wrote:
bagi yg telah melangsungkan perkahwinan mesti ada perkara yg korang tak leh lupakan semasa menjadi raja sehari....

jom kongsi kalau leh.............

psttt..bukan malam kawen ekk...ni hari langsung nya citer...ekeekek


saya de perkara yang saya x leh lupe semasa hari persandingan saya dan suami tersayang...nk dijadikan cerita...seorang cikgu saya sewktu saya sekolah rendah,dijmput hadir ke majlis saya..bile die dtg,dan hendak melintas jalan memasuki perkarangan rumah saya,dengan x toleh kanan dan kiri,die terus mlintas..tibe2...kemalangan berlalu di depan rumah saya sewaktu saya sedang bersanding..cikgu saya yang jalan kaki dengan motor yang di pandu laju...nasib baik x de luke2 yang teruk...i2lah peristiwanye..........


jom buat duit sama2....
www.freewebs.com/buatduit08
www.freewebs.com/best-income
01-06-2008 01:01 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
amy_fazley Female
habib albi...
JLOB

Posts: 2,904
Group: JLOB
Joined: 08-08-07
MemberOf Week: 0 Times
Status: Away
Reputation: 233
JL$: 576520
Post: #38
RE: kenangan semasa hari persandingan

xde knang lagik...siol

ekekeek...klako citer kak inaz....

cyan hubby kak liza.......sampai xbgn pnt sgt....ekekeek...


**aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah yang meyakini ku
kau tercipta untuk ku**
01-06-2008 06:42 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
fendi Male
XS JL18
XS JL18

Posts: 1,335
Group: XS JL18
Joined: 04-11-07
MemberOf Week: 0 Times
Status: Away
Reputation: 29
JL$: 498748

xFireName: ALI BABA
Post: #39
RE: kenangan semasa hari persandingan

emm..amy,,,ko blom ade kenangan lagi ke??..pahtu.nak wat ke?? ha ha ha..jom aa..ade brani???suke kaco ko amy...ha ha ha...


ni yg aku
geram ni!!
nak kena
tumbuk
01-06-2008 07:08 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
amy_fazley Female
habib albi...
JLOB

Posts: 2,904
Group: JLOB
Joined: 08-08-07
MemberOf Week: 0 Times
Status: Away
Reputation: 233
JL$: 576520
Post: #40
RE: kenangan semasa hari persandingan

fendi Wrote:
emm..amy,,,ko blom ade kenangan lagi ke??..pahtu.nak wat ke?? ha ha ha..jom aa..ade brani???suke kaco ko amy...ha ha ha...


tukulmajuk


**aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah yang meyakini ku
kau tercipta untuk ku**
01-06-2008 07:16 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply UnknownUnknown
Pages (5): « First < Previous 1 2 3 [4] 5 Next > Last »
« Next Oldest | Next Newest »
Post Reply  Post Thread 

View a Printable Version
Send this Thread to a Friend
Subscribe to this Thread | Add Thread to Favorites

Forum Jump:
JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com
Contact Us | JomLayan.Com | Return to Top | Return to Content | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication

Powered By MyBB
Copyright © 2002-2010 MyBB Group