JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...
                                           

  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
  • Game Section

Current time: 04-09-2010, 08:19 AM Hello There, Guest! (Login — Register)


JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua... / INFO DUNIA GLOBALISASI / Layan Politik Semasa / OH Ei Sun SU politik  baru najib

alaf21

Post Reply  Post Thread 
Threaded Mode | Linear Mode
OH Ei Sun SU politik  baru najib
Author Message
GENG JAHAT Male
empirical evidence
JLOB

Posts: 25,061
Group: JLOB
Joined: 01-06-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 293
JL$: 610829
crown
Post: #1
OH Ei Sun SU politik  baru najib

Oh Ei Sun, Setiausaha politik baru PM


KUALA LUMPUR: Oh Ei Sun, penceramah motivasi, perunding, usahawan dan ahli akademik terkemuka, dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri, berkata pelantikan itu berkuatkuasa pada 16 Jun.

Oh, 35, berasal dari Sabah, yang menerima pendidikan dalam bidang perundangan, pengurusan, kejuruteraan dan bahasa mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa dan dunia di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Oh mempunyai tiga ijazah sarjana muda, kejuruteraan aeronautikal, kejuruteraan mekanikal dan bahasa, selain dua ijazah sarjana iaitu Sains dan Pengurusan Antarabangsa, serta Doktor Perundangan dalam Undang-Undang (J.D.), yang diperolehinya dalam tempoh lapan tahun pengajian di University of Califonia.

Pengalaman kerjanya termasuklah berkhidmat dengan pertubuhan antarabangsa seperti Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan Kumpulan Kerja mengenai Telekomunikasi Kecemasan, kedua-duanya di Geneva, Switzerland.

Fasih dalam lima bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, China, Jerman dan Perancis, Oh melakukan pelbagai kerja perundingan untuk organisasi multinasional dan antarabangsa selain memberi nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana dalam isu perundangan dan untuk memulakan perniagaan.

Tidak hanya terhad kepada sektor korporat, beliau juga menggunakan kepakarannya dalam memberikan nasihat strategik, teknikal dan perundangan kepada pelbagai organisasi antarabangsa, kerajaan dan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, selain pertubuhan profesional, awam dan kebudayaan.

Oh yang pernah berkhidmat sebagai Perunding Pakar PBB, memberi nasihat kepada banyak kerajaan mengenai komunikasi kecemasan.

Beliau juga bekerja rapat dengan agensi rakan PBB termasuk Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian PBB (UNHCR), Program Makanan Dunia (WFP), Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Program Pembangunan PBB.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat telekomunikasi yang berpusat di Hong Kong dan terbabit dalam perkhidmatan perkongsian perdagangan pelbagai saluran mudah alih di China.

Oh juga berkongsi kepakarannya dalam pengurusan latihan peringkat profesional, menyampaikan lebih daripada 500 modul kepada lebih 20,000 pengarah korporat di mana beliau baru-baru ini mengembangkan kepakarannya dalam bidang pengurusan kewangan dan pendidikan.

"Saya rasa bangga kerana dapat berkhidmat kepada negara dan rakyat pada masa yang kritikal, dari segi politik dan ekonomi," katanya di sini, hari ini.

Pelantikan itu hadir pada ketika yang tidak diduga apabila beliau terpaksa beralih daripada peranan biasanya sebagai penilai, pakar motivasi dan pengendali kepada sesuatu yang lebih mencabar di mana menjaga misi politik pemimpin utama negara.

Ditanya tentang misi pertamanya selepas dilantik ke jawatan itu, Oh berkata, beliau akan mempromosikan konsep 1Malaysia dan mengadakan dialog dengan lebih ramai rakyat daripada pelbagai latar belakang dan masyarakat.

Ini penting terutama untuk memahami perasaan rakyat selain mendapatkan maklum balas daripada rakyat.

"Ada satu elemen dalam 1Malaysia yang saya begitu suka. Ia berkenaan integriti, dalam sektor awam dan swasta. Saya mahu lihat lebih banyak penekanan dalam hal ini ketika kita terus mempromosikan 1Malaysia," katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kian Kok di Kota Kinabalu itu juga adalah Profesor Adjung di Universiti Malaysia Sabah (UMS). - Bernama

///////////

dasyat background mamat nie...siol


``````````````````````````````````````````
INGIN MENIAGA? menambahkan pendapatan sampingan..
http://vasoil.blogspot.com
www.569jtx.blogspot.com
www.zasfoodcake.blogspot.com

jtxoil WORLDS BEST LUBRICANTS -TRIBOLOGY CONFIRMED
02-07-2009 12:37 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Unknown
« Next Oldest | Next Newest »
Post Reply  Post Thread 

Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies: Views: Last Post
  blog politik aku bmcikgu 1 68 05-08-2010 01:03 PM
Last Post: GENG JAHAT
  Antara dakwah, politik Pas followthewolf_king 19 326 16-03-2010 04:50 AM
Last Post: nurharish
  Politik tunduk PKR followthewolf_king 1 76 12-02-2010 10:15 AM
Last Post: GENG JAHAT
  Kelahiran DAP panaskan situasi politik Malaysia followthewolf_king 0 77 10-02-2010 12:16 PM
Last Post: followthewolf_king
  Dr Asri akan sertai parti politik? cupin001 1 103 30-10-2009 09:19 PM
Last Post: cupin001

View a Printable Version
Send this Thread to a Friend
Subscribe to this Thread | Add Thread to Favorites

Forum Jump:
JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com
Contact Us | JomLayan.Com | Return to Top | Return to Content | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication

Powered By MyBB
Copyright © 2002-2010 MyBB Group