JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...
                                           

  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
  • Game Section

Current time: 30-07-2010, 07:15 PM Hello There, Guest! (Login — Register)


JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua... / INFO DUNIA GLOBALISASI / Layan Politik Semasa / ORG MELAYU...tolong baca...

Fivio Internet Services

Post Reply  Post Thread 
Pages (3): « First [1] 2 3 Next > Last »
Threaded Mode | Linear Mode
ORG MELAYU...tolong baca...
Author Message
GENG JAHAT Male
empirical evidence
JLOB

Posts: 25,037
Group: JLOB
Joined: 01-06-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 293
JL$: 610697
crown
Post: #1
ORG MELAYU...tolong baca...

Ramai orang bertanya, kenapa Lee Kuan Yew berjaya dengan sistem satu aliran pendidikan di Singapura dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Lee Kuan Yew dipuji melambung kerana dikatakan sanggup korbankan bahasa ibunda demi kepentingan negara. Betulkah? Jawapan saya, Lee Kuan Yew tidak ada pilihan. Justeru, beliau terpaksa bertindak tegas. Jika ada pilihan, saya yakin beliau tidak akan bertindak sedemikian. Ingat! bahasa Mandarin masih dijadikan subjek penting di sana berbanding bahasa Melayu, dengan alasan mereka adalah majoriti.


Sejarah Singapura perlu difahami kenapa Lee Kuan Yew memilih bahasa Inggeris? Jika Singapura bukan berasal daripada sistem kenegaraan Melayu, saya yakin Lee Kuan Yew tidak akan memilih bahasa Inggeris. Lee Kuan Yew sudah lama dapat membaca pemikiran psikologi orang Melayu. Kebolehan beliau menulis dan membaca jawi sudah dapat mencairkan orang Melayu. Jika bahasa Cina digunakan, sudah tentu ia akan ditentang oleh orang Melayu ketika itu.


Singapura tidak boleh dipisahkan dengan Melayu. Sehingga ke hari inipun saya masih mengatakan Singapura adalah sebuah negara Melayu di Kepulauan Melayu. Kecuali Singapura itu berada di gugusan kepulauan seperti Taiwan, baru saya mengikhtiraf negara itu sebagai negara bangsanya. Lee Kuan Yew hanya mengorbankan bahasa mandarin buat sementara waktu. Janganlah kita buat andaian bahawa Singapura maju kerana menggunakan bahasa Inggeris. Sifat ultra kiasu amat berkait rapat.


Kita pula janganlah terlalu hairan kenapa Singapura boleh keluar sebagai negara maju dalam jangka masa cepat? Jika ditakdirkan Singapura sebesar Malaysia atau Indonesia, saya yakin ia tidak ke mana juga. Singapura bernasib baik sebab faktor lokasi dan saiz banyak membantunya untuk keluar menjadi negara maju. Jangan terlalu kagum dengan kepemimpinan mereka, sehingga kita lupa apa yang telah dilakukan terhadap negara kita sebelum ini. Masih ingatkah sejarah dan titik hitam pemisahan Singapura-Malaysia? Adakah kemasukan Singapura ke dalam Malaysia benar-benar ikhlas? Bacalah sejarah. Apa yang penting hari ini ialah bagaimana untuk menangani sikap ultra kiasu mereka yang amat bahaya kepada politik negara kita. Ingat, pengikut-pengikut ultra kiasu Singapura ini masih ramai berada di negara kita, dengan sebab itu mereka tidak habis-habis menuntut dan mendesak. Apakah kita masih tidak sedar? Ringkasnya, mereka tidak bersendirian.


Lihatlah berapa banyak tanah-tanah strategik yang telah tergadai? Begitu juga dengan rumah-rumah mewah yang telah dibeli? Jangan lupa perjanjian air dan kawasan tadahan air yang dijaga oleh tentera Singapura walaupun berada di Johor. Lee Kuan Yew teramat jarang melawat Malaysia selepas pemisahan, kenapa beliau sanggup ke negara kita baru-baru ini terutama ke Pulau Pinang? Sedarkah kita apa yang dibincangkan secara tersurat dan tersirat? Fikirkanlah. Jangan terlepas pandang pula nasib Melayu di Pulau Pinang? Janganlah bila sudah terhantuk baru mengadah. Sebelum terhantuk perlulah berhati-hati. Bila nasi sudah menjadi bubur sudah terlambat. Perpecahan sesama kita adalah petanda jelas kejayaan mereka.


Sedarlah wahai saudaraku, Melayu Islam di Singapura telah berjaya dicairkan. Hari ini segelintir orang Melayu yang digula-gulakan dengan kuasa sudah tidak seperti Melayu Islam. Mereka bukan sahaja telah cair, tetapi sudah tidak berhati Melayu Islam, kecuali mereka yang masih bertahan di madrasah. Sejauhmana madrasah dapat bertahan? Itu masih menjadi persoalan besar hari ini. Kedudukan madrasah menjadi semakin terhimpit. Begitu juga dengan masjid-masjid mereka. Apakah kita belum sedar? Cukuplah Pulau Batu Putih yang telah terlepas. Janganlah selepas ini kita berputih mata. Ambillah pengajaran ini sebelum terlambat. Mereka yang kuat berjiwa Melayu Islam memang tidak akan terpilih menjadi pemimpin atau menteri di sana. Dengan sebab itu, orang seperti Dr Lily Zubaidah Rahim (2001) terbuang di bumi sendiri. Hanya kerana bercakap menjaga kepentingan Melayu Islam. Apakah kita tidak mengambil pengajaran?


Cuba kita fikir kenapa hari ini Singapura membelanjakan hampir USD11 bilion setahun memperkuatkan sistem pertahanan negaranya dengan populasi hanya 4.6 juta yakni nombor 23 dalam ranking dunia? Lebih dua kali ganda lebih besar daripada perbelanjaan pertahanan Indonesia (USD 4.7 bilion). Perbelanjaan pertahanannya jauh meninggalkan negara kita yang tidak langsung tersenarai dalam ranking dunia. Sedarkah kita sekutu rapat mereka adalah musuh-musuh Islam seperti Israel, Amerika, Australia, Britain dan sebagainya? Tidakkah kita terfikir, apakah agenda mereka sebenarnya kalau bukan kita? Saya yakin kita tidak akan terlepas pulau Batu Putih jika kekuatan kita melebihi kekuatan mereka. Ancaman dan amaran kita sudah cukup untuk menggetarkan mereka. Tetapi kenapa mereka begitu berani dan kurang ajar? Sebab mereka tahu, sejauhmana kekuatan mereka dan telah bersedia menghadapi apa jua situasi. Tendensi untuk mereka menang besar adalah tinggi.


Mungkin pakar-pakar pertahanan tidak bersetuju dengan saya. Tetapi kita mesti ingat, hari ini kita tidak lagi berperang menggunakan manusia, kecanggihan teknologi adalah kekuatannya. Bandingkan teknologi pertahanan perang kita dengan Singapura. Bezanya ibarat langit dengan bumi. Kita sepatutnya membelanjakan wang negara untuk pertahanan. Malangnya, wang ringgit kita banyak digunakan untuk berpolitik daripada mempertahankan negara. Sudah sampai masanya kita kurangkan sedikit berpolitik untuk membina kekuatan pertahanan negara.


Sampai bilakah kita mahu terus bersangka baik dengan mengatakan perang dingin telah tamat, dunia sudah aman? Musuh telah tiada, maka kita tidak perlu menjadi kuat? Tidakkah kita sedar bahawa musuh bertambah kuat dan sentiasa berpakat merancang untuk memusnahkan kita?


Justeru, saya menyerukan supaya kita jangan terlalu berpolitik. Masa dan wang ringgit banyak dihabis untuk menewaskan sesama sendiri. Malangnya, kita tidak hanya berpolitik dalam politik, tetapi dalam bidang lain pun berpolitik juga. Misalnya perebutan jawatan atau kuasa dalam badan-badan awam, berkanun, NGO dan sebagainya. Ini belum termasuk isu rasuah. Pendek kata, dalam bidang apapun diperkatakan, umat Islam kita berpolitik. Politik yang merugikan dan melemahkan. Ultra kiasu ambil kesempatan.


Musuh sentiasa merancangkan untuk melaga-laga kita sesama umat Islam. Hari ini kita dilaga-lagakan dengan Indonesia? Siapakah provokatornya? Marilah kita fikirkan bersama. Logiknya mudah, bila negara-negara Islam berjiran bergaduh sesama sendiri, mudahlah negara ultra kiasu dan orang ultra kiasu ini menyusun strateginya. Janganlah kita terlalu beremosi, takut memakan diri.


Barat telah berjaya melaga-lagakan negara-negara Arab. Hasilnya, negara haram Israel berjaya menguasai negara-negara Arab dengan nisbah 1 orang Israel, lebih 100 orang Arab. 100 Arab tidak dapat mengalah 1 Israel. Sedangkan dari segi logik, akan banjir 1 orang jika 100 orang pakat-pakat kencing ke atas Israel ini. Keadaan berlaku sebaliknya. 1 berjaya mengalahkan 100. Senario Arab-Israel hampir sama dengan negara kepulauan Melayu-Singapura. Mereka sudah bersedia dengan segala kekuatan teknologi. Kita asyik berpolitik tanpa kesudahan.


Kita bernasib baik kerana hari ini kita menjadi pengguna teknologi, bukan pencipta. Kebaikannya, kita tidak perlu lagi menghabiskan masa mencipta teknologi kerana ianya telah tersedia dicipta. Masa mencipta teknologi telah banyak dijimatkan. Tuntutan hari ini adalah menggunakan teknologi tersebut sepenuhnya dan diperkembangkan lagi kehebatan seperti yang cuba dilakukan oleh Iran hari ini. Tetapi Iran cuba dimangsakan oleh barat.


Barat dan ultra kiasu ini telah berjaya membaca pemikiran umat Islam. Mereka tahu teknologi mereka digunakan oleh Islam. Orang Islam akan menjadi kuat jika memperkembangkannya. Justeru, sebelum ia berlaku maka dipecah-belahkan dan dicairkan mereka supaya mudah dikuasai. Ternyata strategi mereka berjaya. Umat Islam berjaya dikuasai dan dipecah-belahkan. Bukan kerana mereka tidak pandai menggunakan teknologi, mereka pandai. Tetapi mereka dihasut supaya mempertikai atau bergaduh sesama sendiri dalam isu-isu remeh temeh seperti tarian pendet Bali. Malangnya, yang tidak bergaduh pula tidak memanfaatkan teknologi, tetapi menggunakannya secara salah. Akhirnya jiwa menjadi kosong dan cair.


Justeru, saya merayu agar kita dapat memulakan langkah pertama dengan menyelesaikan isu-isu asas mengenai pendidikan di negara kita. Ini kerana pendidikan amat penting sebagai benteng pertahanan. Ia harus dimulakan dengan sekolah satu sistem. Asas-asas patriotisme berada di situ. Jangan perjudikan masa depan dan keselamatan negara sistem ini demi untuk mempertahankan kuasa hari ini. Jika dengan kehilangan populariti, masa depan pendidikan boleh dipertahankan, rasanya tidak mengapa kita tidak popular buat sementara waktu. Apa guna populariti, jika masa depan pendidikan dan negara menjadi semakin terhakis. Berundur bukan bererti kita mengalah. Tetapi untuk bersiap sedia dengan kekuatan, daripada kita terus mengalah dan terus kalah. Saya masih teringat kata-kata latin yang berbunyi si vis pacem para bellum, bermaksud jika mahukan keamanan bersedialah untuk berperang. Adakah kita sudah bersedia ke arah itu, di kala orang lain telah lama bersedia? Jika mereka terlalu ultra kiasu, adakah kita akan terus mengalah? Kitapun kena bertindak tegas ke atas mereka untuk kepentingan masa depan. Ingat! kita akan kalah jika terus mengalah.


Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


``````````````````````````````````````````
INGIN MENIAGA? menambahkan pendapatan sampingan..
http://vasoil.blogspot.com
www.569jtx.blogspot.com
www.zasfoodcake.blogspot.com

jtxoil WORLDS BEST LUBRICANTS -TRIBOLOGY CONFIRMED
30-11-2009 12:32 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Unknown
GENG JAHAT Male
empirical evidence
JLOB

Posts: 25,037
Group: JLOB
Joined: 01-06-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 293
JL$: 610697
crown
Post: #2
RE: ORG MELAYU...tolong baca...

ramai org melayu masih leka dengan sedikit kemewahan yg ada ...ramai pula yg semakin takbur dengan kemewahan yg di beri ALLAH...lupa untuk berbakti pada bangsa sendiri...sifat iri hati jeles sesama bangsa semakin menular...

dengan mudah bangsa asing mula...mengaburi minda dan mempermainkan hati bangsa melayu secara halus..meracuni pemikiran..memecah belahkan bangsa melayu secara halus dan teratur...politik dendam dan membenci bangsa sendiri di perhalusi dengan baik oleh bangsa asing..agar melayu sesama melayu semakin berpecah belah..jika ini berterusan..melayu hanya akan tinggal nama..hanya akan menjadi mayat hidup atau zombi....kuat tetapi jiwa nya di pegang oleh org lain...melayu akan menjadi patung..yang tangan dan kaki nya di gerakan oleh tali2 halus yg di pegang oleh org lain...

jangan menuntut kemewahan yg sementara sedangkan cucu cicit kita akan dtg terpinggir dengan arus ekonomi yg semakin mencabar...jgn sudah hilang kuasa baru nak terhegeh hegeh menyalak untuk mendapatkan nya kembali....


``````````````````````````````````````````
INGIN MENIAGA? menambahkan pendapatan sampingan..
http://vasoil.blogspot.com
www.569jtx.blogspot.com
www.zasfoodcake.blogspot.com

jtxoil WORLDS BEST LUBRICANTS -TRIBOLOGY CONFIRMED
01-12-2009 10:42 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Unknown
hairi Male
Geng Junior
**


Posts: 404
Group: Registered
Joined: 24-11-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 67
JL$: 13714
Post: #3
RE: ORG MELAYU...tolong baca...

kekeke..org umno paling takut hilang kuasa..

kalau hilang kuasa..takde ler lagi "Masyokkk" kan.. huhuhu

Orang takut ler pada azab Allah di atas perbuatan penyelewengan yg di lakukan oleh umno selama ni..bukannya takut hilang kuasa..

sibok sangat ngan kuasa dan bangsa..hingga agama hilang pun tak sedar.


Kabare? Waras
Wes Mangan..Wes
Arek Lungo Enthi? Lungo Gedde
Arek tuku opo?Tuku Iwak Karo Sayor
Ora opolah, aku lungo disek yo! Engko gedene tutup.

02-12-2009 09:39 AM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
GENG JAHAT Male
empirical evidence
JLOB

Posts: 25,037
Group: JLOB
Joined: 01-06-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 293
JL$: 610697
crown
Post: #4
RE: ORG MELAYU...tolong baca...

agama mana yang hilang.....sejauh mana agama di tinggalkan...?
begitulah org melayu pas kita..takbur dgn kopiah dan sejadah di atas bahu..mereka saja KONON NYA perjuang isle...

jgn harap cina DAP nak membangunkan syariat jika di berkuasa...melayu tanpa kuasa..umpama org bangla jer lah...negara mundur...

bolehker tanpa kuasa...ugama berkembang dgn aman...??
jgn pertikaikan akidah org lain...diri sendiri pun kena jaga jugak...
setakat ni umno berkuasa...islam semakin makmur..senang org pas nak solat..pi ker mana saja dlm malaysia nie...akan jumpa masjid atau surau..

siapa kata salah..kalau jaga bangsa..???
nik ajis sendiri pun kata perkuatkan bangsa...haji hadi pun kata macam tu..( lately nie lah....)
so salah ker kalau umno menjaga bangsa nya..??

pas cermin diri dulu...jaga kelantan pun tak betul..rakyat makin mundur..nak jaga ugama konon...ekekek


``````````````````````````````````````````
INGIN MENIAGA? menambahkan pendapatan sampingan..
http://vasoil.blogspot.com
www.569jtx.blogspot.com
www.zasfoodcake.blogspot.com

jtxoil WORLDS BEST LUBRICANTS -TRIBOLOGY CONFIRMED
02-12-2009 10:13 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Unknown
GENG JAHAT Male
empirical evidence
JLOB

Posts: 25,037
Group: JLOB
Joined: 01-06-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 293
JL$: 610697
crown
Post: #5
RE: ORG MELAYU...tolong baca...

bangsa lain pun berpolitik....tapi bangsa melayu nie...adehhh politik kuno...

melayu dgn melayu..berdendam..iri hati....
org nie kaya..aku tak kaya..org tu pakai merc aku tak pakai...org nun umah besau aku umah kecik...apajadah..mesti dia rasuah...kalau aku tak kaya jgn harap dia boleh kaya...TAPI KALAU BANGSA asing yg kaya..dia tak heran...kalau pemimpin bangsa asing rumah melaut...dia tak kisah....kdg2 ada pemimpin yg umah tak besau sgt..perghh dia puji bagai nak rak...dia tak tahu..duit org tu dlm bank berkepuk....rumah 2/3 biji kat overseas...ada dia kesahh...??

tapi kalau bangsa sendiri yg kaya...mata mula terbelalak..otak dah tak ker lain...mula ada perasaan hasad...mmm...melayu kuno jer otak berkarat yg suka hasad dengki nie...


``````````````````````````````````````````
INGIN MENIAGA? menambahkan pendapatan sampingan..
http://vasoil.blogspot.com
www.569jtx.blogspot.com
www.zasfoodcake.blogspot.com

jtxoil WORLDS BEST LUBRICANTS -TRIBOLOGY CONFIRMED
02-12-2009 10:17 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Unknown
hairi Male
Geng Junior
**


Posts: 404
Group: Registered
Joined: 24-11-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 67
JL$: 13714
Post: #6
RE: ORG MELAYU...tolong baca...

GENG JAHAT Wrote:
agama mana yang hilang.....sejauh mana agama di tinggalkan...?
begitulah org melayu pas kita..takbur dgn kopiah dan sejadah di atas bahu..mereka saja KONON NYA perjuang isle...

jgn harap cina DAP nak membangunkan syariat jika di berkuasa...melayu tanpa kuasa..umpama org bangla jer lah...negara mundur...

bolehker tanpa kuasa...ugama berkembang dgn aman...??
jgn pertikaikan akidah org lain...diri sendiri pun kena jaga jugak...
setakat ni umno berkuasa...islam semakin makmur..senang org pas nak solat..pi ker mana saja dlm malaysia nie...akan jumpa masjid atau surau..

siapa kata salah..kalau jaga bangsa..???
nik ajis sendiri pun kata perkuatkan bangsa...haji hadi pun kata macam tu..( lately nie lah....)
so salah ker kalau umno menjaga bangsa nya..??

pas cermin diri dulu...jaga kelantan pun tak betul..rakyat makin mundur..nak jaga ugama konon...ekekek


kah kah kah

Kau ni derhaka betul ler pada boss kau..Tok Jib kata 1Malaysia..kau plak sibuk dengan 1bangsa...aparaa...lawan cakap boss sendiri..

satu lagi..kau ingat melayu je islam ke? bangsa lain cina,india dan lain lain takde yg peluk islam di Malaysia ni...aper ler yg kau dapat dengan menghina hinakan bangsa bangsa lain...apa punya terok ler perangai org umno ni.


Kabare? Waras
Wes Mangan..Wes
Arek Lungo Enthi? Lungo Gedde
Arek tuku opo?Tuku Iwak Karo Sayor
Ora opolah, aku lungo disek yo! Engko gedene tutup.

02-12-2009 10:33 AM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
GENG JAHAT Male
empirical evidence
JLOB

Posts: 25,037
Group: JLOB
Joined: 01-06-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 293
JL$: 610697
crown
Post: #7
RE: ORG MELAYU...tolong baca...

ler..buta uropp betul kau nie...1mlysia tu..kena buang bangsa ker...hahahahaha

adehh....tu suwuh sokong najib tak mau..apa najib buat nak kondem tapi baca tak abis....pi cari makna apa tu 1mlysia..baru leh citer dgn aku heheheh


apa plak kau dapat dengan menghina melayu umno...? selama nie umno tak jaga ker bangsa lain....bangsa lain hidup merempat ker kat malaysia nie...hahaha...yg kayo bangsa apo..?? HINDRAP betul lah kau nie....hahahahah

adehhhh...apa punya dasyat lah pangai org kuat anuar nie...mcm nuar jugak...raja mimpi...


``````````````````````````````````````````
INGIN MENIAGA? menambahkan pendapatan sampingan..
http://vasoil.blogspot.com
www.569jtx.blogspot.com
www.zasfoodcake.blogspot.com

jtxoil WORLDS BEST LUBRICANTS -TRIBOLOGY CONFIRMED
02-12-2009 11:05 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Unknown
GENG JAHAT Male
empirical evidence
JLOB

Posts: 25,037
Group: JLOB
Joined: 01-06-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 293
JL$: 610697
crown
Post: #8
RE: ORG MELAYU...tolong baca...

untuk tatapan bagi org melayu yang angkat parti sosialis kat penang tu...sumber:pisau.net

di bangsatkan nya fakir islam



salah satu contoh dari pelbagai contoh....


``````````````````````````````````````````
INGIN MENIAGA? menambahkan pendapatan sampingan..
http://vasoil.blogspot.com
www.569jtx.blogspot.com
www.zasfoodcake.blogspot.com

jtxoil WORLDS BEST LUBRICANTS -TRIBOLOGY CONFIRMED
02-12-2009 11:22 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Unknown
hairi Male
Geng Junior
**


Posts: 404
Group: Registered
Joined: 24-11-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 67
JL$: 13714
Post: #9
RE: ORG MELAYU...tolong baca...

kah kah kah

Ni ler dia islam yg kunun di junjung Umno...huhuhu

tak berubah rubah dari dulu sampai skrg...

satu lagi..aku tak layan umno aka ekstream bangsa ni...

dalam kubur pun nanti..malaikat tak tanya aku pasal bangsa bangsa ni..

lebih lebih lagi yg exstream pasal bangsa macam umno ni...

kena cepok ngan malaikat mungkar nangkir nanti adeler..

-------------------------------------------------------------------

BTN Seingat Saya ......................
Oleh: Dr Sabirin Ehsan

Saya membaca boleh dikatakan semua kenyataan, artikel dan maklumat dalam akhbar arus perdana dan dari maklumat internet. Saya tersenyum panjang dan terkenangkan kursus BTN yang pernah saya ikuti sebelum melanjut pelajaran di United Kingdom beberapa tahun lalu dan sekali lagi ketika saya hendak dinaikkan pangkat kegred JUSA C. Saya tersenym bila mendengar/membaca kenyataan pak-pak dan ibu-ibu menteri. Shahrizat bersuara, Ahmad Mazlan bersuara, Nazri bersuara dan Mahyudin turut bersuara. Semuanya mempertahankan kewajaran kursus BTN dan kebaikannya programnya yang membangkitkan semangat patriotisma.


Saya tersenyum kerana saya tahu, rakan-rakan yang pernah mengikutinya tahu, anak-anak saya yang pernah mengikutinya sebagai pelajar IPTA juga tahu! Apa yang kami tahu? Kami tahu kenyataan mereka semua TIPU dan tidak jujur!

Saya masih ingat bagaimana seorang peserta kursus BTN, yang seingat saya saya seorang Prof. Madya diri sebuah universiti di selatan tanahair. Beliau dihina dan diperlekeh dalam kursus tersebut kerana sema-mata mempersoalkan kandungan dan isi kursus BTN tersebut. Mereka menghina bangsa lain dan beranggapan bahawa bangsa lain di Malaysia selain Melayu hanya bermuka-muka dan mahu menjadikan negara ini seperti Republik Singapura. Kebetulan walaupun Prof Madya tersebut memang berbangsa Melayu tetapi ibunya seorang berbangsa China walaupun seorang Muslim yang amat patuh! Sahabat saya itu mempersoalkan kewajarannya membenci bangsa China! Apa salah mereka? Benarkah mereka mahu 'mengambi-alih' negara ini melalui apa cara sekalipun!

Saya ingat penceramah kursus tersebut adalah seorang Pengarah BTN Negeri Perak! Beliau dengan sinis dan suara tinggi menempelak kawan saya tersebut kerana 'tidak cintakan bangsa'nya! Kawan saya menjawab, bahawa beliau cintakan agamanya dan Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa untuk saling kenal-mengenai dan berkasih sayang! Namun saya masih ingat bagaimana rakusnya penceramah BTN tersebut terus menempelak rakan saya itu sebagai orang yang tidak tahu agenda dan strategi bangsa bukan Melayu untuk meruntuhkan bangsa Melayu!

Kawan saya dengan selamba menjawab, "ibu saya seorang China tetapi seorang Muslim yang patuh, ayah saya berbangsa Melayu yang patuh kepada agamanya! Tidak pernah sesaat pun saya melihat ibu saya hendak menjatuhkan ayahnya atau keluarga ayahnya yang berbangsa Melayu...". Terkebil-kebil mata Pengarah BTN tersebut bila mendapat tahu Prof Madya tersebut separuh Melayu dan separuh China! Akhirnya saya mendapat tahu bahawa rakan saya itu tidak di kurniakan Sijil Kehadiran BTN, malah diminta majikannya hadir sekali lag kursus BTN!

Kursus BTN yang saya hadiri memang menjijikkan. Kami diajar membenci bukan membina semangat patriotisma. Semangat dan rasa benci dibakar! Akhirnya kami diminta menyanyi beramai2, kononnya untuk menyemarakkan semangat partiotisma...

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi milik diancam orang (kini dinyanyikan Bumi Dipijak milik orang)

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang (kini dinyanyikan Dah Hilang...)

Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan

Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi Peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

(Dua rangkap di atas tidak dinyanyikan lagi kini)

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa (kini dinyayikan Maha Perkasa)
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha

Melayu kan gagah di Nusantara

Begitulah lirik lagu yang pasti akan diingat oleh mereka-mereka yang pernah diindoktrinasi oleh BTN. Namun bagi saya, saya tak mahu menggadaikan agama saya. Saya hadir terus-terang saya katakan hanya untuk memenuhi syarat hadir. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kursus ini menyebabkan saya membina rangkaian rakan-rakan ldengan lebih ramai dari pelbagai bangsa dan saya dapati indoktrinasi BTN tidak betul!

Kebetulan kursus BTN terakhir yang saya ikuti pada era tahun pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Maka pada ketika itu, seorang penceramah mempetualangkan Dato' Seri Anwar, mengaibkan beliau dan menghina beliau dengan perkataan yang amat menjijikan. Dan DSAI tidak dapat mempertahankan dirinya kerana beliau telah terpenjara ketika itu. Mereka turut menghina kebodohan Ustaz Fadzil Noor kerana menyokong seorang 'peliwat' dan menghentam ke'komunis'an Lim Kit Siang. Pada BTN mereka ini petualang bangsa dan pemusnah masyarakat Malaysia. Itulah yang saya dengar pada kursus BTN!

Sebab itulah saya hanya tersenyum. Saya tersenyum sinis kerana saya tahu mereka MENIPU dalam kenyataan-kenyataan mereka. Bagi saya BTN harus dihapuskan serta-merta demi menjadikan negara ini sebuah negara yang Adil, Saksama dan saling hormat-menghormati. Manusia seperti Nordin Kardi (Bekas Ketua Pengarah BTN dan skrg Naib Canselor UUM), Sagul Hamid, Prof Mustaffa (UUM), Nik Mustapha (Naib Caselor UPM) dan lain-lain "SAHABAT" BTN yang bertindak sebagai fasilitator utama BTN adalah merka yang ingin menghancurkan keharmonian & integrasi kaum di Malaysia. Mereka tidak layak berada disitu!


Kabare? Waras
Wes Mangan..Wes
Arek Lungo Enthi? Lungo Gedde
Arek tuku opo?Tuku Iwak Karo Sayor
Ora opolah, aku lungo disek yo! Engko gedene tutup.

02-12-2009 12:04 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
GENG JAHAT Male
empirical evidence
JLOB

Posts: 25,037
Group: JLOB
Joined: 01-06-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 293
JL$: 610697
crown
Post: #10
RE: ORG MELAYU...tolong baca...

tu jer lah idea...puak nuar nie....konon nya umno...racis...perkauman...jaga bangsa melayuu jer tak jaga islam...hahahah
adehh..

nie kisah benar....kalau aku tipu...aku berdosa busattt

this year aku ada pergi satu function...dlm function tu..yg merasmikan nya adalah tuan guru kesayangan pas...nik ajis
dlm ucapan nya...dia ada kata...KITA KENA JAGA WARISAN MELAYU..DIA MERASMIKAN MAJLIS TU DENGAN PANTUN2...warisan melayu nie harus kita jaga...kalau tak sapa lagi nak jaga..kau nak tahu..apa reaksi spontan aku time tu...?..aku tergelak..sebab selama ni org pas bagai nak rak tak MENGAKU..TAK MO KONON jaga bangsa..kena jaga islammmmmmmmmmmmmmmm jer...last2 tok guru pun kata mcm tu....sendiri pikir ahh....hahahahaha

BTN..mengajar aku jadi racis ker..?? hahahahahah ekekek
BTN tu..sapa yg buat korkulum nya...? kalau bukan HASSAN ALI n the GENG
BTN tu idea siapa...? KALAU BUKAN ANUAR IBRAHIM...sekali lagi ANUAR IBRAHIM...hahahahahhahahah


``````````````````````````````````````````
INGIN MENIAGA? menambahkan pendapatan sampingan..
http://vasoil.blogspot.com
www.569jtx.blogspot.com
www.zasfoodcake.blogspot.com

jtxoil WORLDS BEST LUBRICANTS -TRIBOLOGY CONFIRMED
02-12-2009 12:17 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Unknown
Pages (3): « First [1] 2 3 Next > Last »
« Next Oldest | Next Newest »
Post Reply  Post Thread 

Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies: Views: Last Post
  Bangkitlah Melayu followthewolf_king 1 192 16-04-2009 08:52 AM
Last Post: followthewolf_king
  Hapuskan Hak melayu partibebas 11 217 08-04-2009 07:15 PM
Last Post: followthewolf_king
  Nga Kor Ming baca ayat Al Quran followthewolf_king 18 264 07-04-2009 10:32 AM
Last Post: zayteck
  Jangan jadikan Melayu sebagai Pak Kadok followthewolf_king 0 142 13-03-2009 01:58 PM
Last Post: followthewolf_king
  Bersatulah bangsa Melayu followthewolf_king 11 218 19-02-2009 05:19 PM
Last Post: enjiNyior

View a Printable Version
Send this Thread to a Friend
Subscribe to this Thread | Add Thread to Favorites

Forum Jump:
JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com

Register Akaun Standard Forex Dengan Komuniti JomLayan
Contact Us | JomLayan.Com | Return to Top | Return to Content | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication

Powered By MyBB
Copyright © 2002-2010 MyBB Group