JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...
                                           

  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
  • Game Section

Current time: 04-09-2010, 08:27 AM Hello There, Guest! (Login — Register)


JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua... / INFO DUNIA GLOBALISASI / Layan Pengetahuan Sejarah / Shamsiah Fakeh-Benarkah dia membunuh anaknya di Hutan?

zasfoodcake

Post Reply  Post Thread 
Threaded Mode | Linear Mode
Shamsiah Fakeh-Benarkah dia membunuh anaknya di Hutan?
Author Message
whizz Male
Super Moderator
Super Moderators

Posts: 6,913
Group: Super Moderators
Joined: 20-04-07
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 66
JL$: 490849
Post: #1
Shamsiah Fakeh-Benarkah dia membunuh anaknya di Hutan?

Memang banyak yang telah  diperkatakan tentang ‘Ratu Rimba Malaya’ di pelbagai ruangan samada blog mahupun rencana dalam penerbitan mainstream di negara kita. Dilahirkan di Kg. Gemuruh Negeri Sembilan pada tahun 1924. Beliau merupakan ketua kepada Angkatan Wanita Sedar(AWAS) sebelum meneruskan perjuangan beliau secara gerila dalam Rejimen ke – 10 Parti KOmunis Malaya iaitu detasmen untuk kaum melayu dalam PKM.

Satu isu yang masih lagi menjadi tandatanya sampai sekarang adalah berkaitan dengan khabar angin yang menyatakan bahawa beliau telah membunuh anaknya dalam hutan akibat kecewa dengan suaminya yang telah keluar menyerah diri kepada pihak polis dan meninggalkan perjuangan bersenjata terhadap pemerintah. Terdapat dua versi akan cara bayi berkenaan telah di bunuh iaitu versi pertama ialah beliau telah dengan secara kejam telah menghempas bayi berkenaan ke batu sehingga mati, manakala versi kedua pula ialah beliau telah mencampakkan anak itu ke dalam sungai untuk mati.Versi kedua ini diceritakan oleh Musa Ahmad(Bekas Pengerusi PKM) manakala versi yang pertama tadi telah diceritakan oleh seorang teman beliau  yang juga merupakan bekas teman sekolah beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1987. Versi beliau membunuh anaknya dengan menghempas ke batu ini telah digunapakai oleh Arena Wati dalam novel SANDERA yang diterbitkan pada tahun 1971. Di dalam novel ini watak beliau telah gambarkan sebagai Sariyah, seorang pejuang yang telah menjadi gerila komunis. Akan tetapi yang berbeza dari kenyataan ialah watak Sariyah telah menyerah diri kepada pihak berkuasa beberapa hari sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan kerana menganggap bahawa perjuangan Sariyah telah selesai dengan bebasnya tanahair dari cengkaman penjajah. Berbeza dengan Shamsiah yang menghabiskan sebahagian besar hidup beliau di negara China walaupun negara telah merdeka dan hanya pulang ke tanahair selepas perjanjian damai dimeterai.



Shamsiah telah menafikan tududhan ini dan menyatakan bahawa bayi tersebut telah di bunuh oleh anggota PKM lain yang menganggap bayi tersebut sebagai halangan bagi pergerakan bebas mereka dalam perjuangan bersenjata secara gerila di dalam hutan tropika. Malah beliau menyatakan bahawa berita ini adalah merupakan propaganda yang dihebahkan oleh pemerintah Inggeris untuk memburukkan nama beliau. Ini telah dinyatakan beliau dalam bukunya ‘Memoir Shamsiah Fakeh – Dari AWAS ke Rejimen ke -10′.

Dengan pemergian Shamsiah menghadap Ilahi pada 2008. Maka terkuburlah bersama akan jawapan sebenar kepada persoalan ini. Benarkah Shamsiah telah membunuh anaknya.

“Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan Britishuntuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.”

– Shamsiah Fakeh -


Rape Me, My Friend
Rape me again
I'm Not the only one
Hate me
Do it and do it again
Waste me
Taste me, my friend
My Favorite inside source
I'll kiss your open sores
Appreciate your concern
You'll always stink and burn

Kurt Cobain-Nirvana
25-06-2009 02:55 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Winows VistaSafari
« Next Oldest | Next Newest »
Post Reply  Post Thread 

Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies: Views: Last Post
  Shamsiah Fakeh inazlina 5 276 21-10-2008 11:27 AM
Last Post: katarsis

View a Printable Version
Send this Thread to a Friend
Subscribe to this Thread | Add Thread to Favorites

Forum Jump:
JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com
iklan
Contact Us | JomLayan.Com | Return to Top | Return to Content | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication

Powered By MyBB
Copyright © 2002-2010 MyBB Group