JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua... - All Forums
sejauhmana PIDM melindungi pendeposit
sy x tau nak mula di mana. apa yang pasti sy adalah salah sorang dari mangsa jenayah komersial di negara ini. sy telah kehilangan wang sbyk rm4,910.00. wang saya telah dipindahkan melalui thrd party fund transfer yg mana sy tidak pernah melakukan transaksi tersebut
Cabaran Affiliate Emaillisted.com bernilai RM10,000 untuk di menangi
Sempena pelancaran alat promosi terbaru saya iaitu
Email Special Packages, sukacitanya saya
maklumkan:
“Cabaran Affiliate Emaillisted.com Dilancarkan!!”
Ianya akan dilancarkan bermula hari ini iaitu
18 Feb 2010 hinggalah 31 Dis 2010. Ya, sepuluh bulan
saja!
Cabaran ini terbuka buat semua warga JL.
Amat dialu-alukan.
Untuk cabaran ini, hadiah-hadiah menarik ada
disediakan untuk mereka yang berjaya hasilkan
jumlah jualan tertentu dan juga ada cabutan bertuah untuk mereka yang mencatat 10 jualan akan melayakkan mereka menerima hadiah
1 prize RM10,000 untuk dimenangi bagi top affiliate + komisyen affiliate
cabutan bertuah untuk affiliate, minimum untuk menyertai cabutan bertuah nie,anda perlu melakukan 10 jualan atau lebih dan berpeluang memenangi hadiah berupa :
3 x motosikal
+Yamaha LC135
+Honda Wave125
+Honda EX5 class,
7 x laptop viop( laptop bernilai RM1400 setiap satu X 7)
2 x hangphone E72 (hangphone bernilai RM1300 setiap satu X 1)
RM100 x 20 org.
Bagi mereka mendapat jualan seperti di bawah:
- atas 100 jualan – wang tunai RM1000 + komisyen affiliate + layak menyertai cabutan bertuah
- 70 – 99 jualan – wang tunai RM500 + komisyen affiliate + layak menyertai cabutan bertuah
- 50 – 69 jualan – wang tunai RM300 + komisyen affiliate + layak menyertai cabutan bertuah
- 20 - 49 jualan – wang tunai RM150 + komisyen affiliate + layak menyertai cabutan bertuah
- 10-19 jualan – wang tunai RM50 + komisyen affiliate + layak menyertai cabutan bertuah
Jadi, rebutlah peluang ini untuk membuktikan keberkesanan
anda sebagai affiliater. Sebaiknya, anda dapatkan dahulu
alat promosi ini. Ianya akan membantu anda dalam promosi
yang sebenarnya nanti.
Untuk makluman anda, alat promosi ini dihasilkan
berdasarkan pengamatan dan juga kajian
saya berkenaan pemasaran affiliate di
Malaysia dan juga pengalaman saya sendiri.
Saya tidak perlu berbohong kepada orang demi
untuk melariskan alat promosi saya ini. Saya kongsikan
rahsia yang saya miliki. Dengannya, insyallah
membantu mereka menjana income di internet.
nota: hadiah akan berubah mengikut hasil sales..hadiah
Perlukah diteruskan - JLBM Musin ke-4
JLBM sudah berlangsung di forum Jomlayan.com selama 3 tahun dari tahun 2007. Alhamdulillah, setiap musim mendapat sambutan yg baik.
Pada pendapat anda, perlukah JLBM diteruskan lagi kegemilangannya buat musim ke-4 pada tahun ini?
Anwar gelar ahli lompat parti 'katak'
Sambil menegaskan tindakan parti itu adalah benar dan tepat dalam isu pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, beliau menegaskan tidak akan tunduk kepada mereka.
"Sebab itu apabila ditanya mengapa kita pilih untuk memecat ahli-ahli Parlimen walaupun jumlah kita semakin menurun, kita (katakan) masih pecat sebab kita mesti berani mengambil keputusan yang tepat dan benar dan tidak tunduk kepada mereka.
''Orang kena tahu, kita masuk (PKR) berjuang kerana prinsip, bukan kerana dapat projek dan wang atau jawatan. Jadi bila tak dapat (projek), lompat parti, itu kerja katak bukan kerja manusia," katanya.
Anwar berkata demikian dalam ceramahnya di kawasan Perindustrian Oakland dekat sini malam tadi.
Terdahulu Ketua Pembangkang itu sekali lagi menggunakan pentas ceramah untuk melemparkan tuduhan kepada pemimpin negara.
Beliau menggunakan tempoh sejam itu mengkritik dasar kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan perkataan kesat seperti 'bahlul', 'poodah', 'kepala bxxxx kau' dan 'kepala oxxx kau'.
mufti di katakan agen UMNO
huhuhuhu..pakarr gelaran se malaysia..nik ajis...
dulu kata org utanlah...sekular lah...komunis..kapirrr....
untuk nik ajis....mehh sini ambo nak ghoyak sikit...
BIAR JADI AGEN UMNO.....JGN JADI AGEN KAPIR DAP....
apa dap ckp..dia anggguuuuuuuuuk....ulama ekk.....ulama apa nie..:hikhik:
lawak ahh bila pas kata umno tak islam....hahah
apa yg pas kelantan dah buat kat kelantan...????
TIEN CHUA keluar PKR..???
ini olang sudah taubat ker...??? kalau betul...bila lagi olang melayu dlm pkr nak taubat....:hikhik:
atau ada sorang lagi yb pompuan yg akan keluar pkr...?????
kisah seram..seram bagi anak berahim masih belum tamat lagi ker...??
bak kata zul piraun2 kecil sentiasa ada dlm pkr......sapa ek piraun nie...?
kalau ikut sejarah mesir..piraun ni raja kan...??? zaman tu dia org bukan islam lagi...so..sapa piraun dlm pkr...??
72 pegawai cuai pengurusan wang awam dikenakan tindakan
Bilangan itu adalah sebahagian daripada 374 kes yang ditentukan tindakannya oleh satu Pasukan Petugas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan dianggotai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed; dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd. Sidek berkata, pegawai awam berkenaan akan dikenakan tindakan sama ada tamat perkhidmatan, denda bersamaan dengan dua atau tiga hari emolumen, surcaj serta tindakan sivil dan amaran.
"Bagi syarikat pula, tindakan yang diambil ialah menyenaraihitamkan atau mengambil tindakan sivil,” katanya.
Pas tidak wajar terima Zulkifli Noordin - Mahfuz
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.
"Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti-parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.
Dosa doa kecelakaan orang lain
Oleh SAFINA RAMLI
ALOR SETAR 7 Mac - Perbuatan mendoakan kecelakaan orang lain perlu dihentikan kerana ia berdosa dan tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak ada nas menunjukkan ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW mengajar orang untuk menjadi jahat.
"Tujuan doa dan solat hajat adalah untuk sesuatu perkara yang baik dan agama Islam tidak pernah mengajar kita untuk mendoakan kejahatan kepada orang lain.
"Semasa Nabi Muhammad kena pukul di Taif pun, baginda masih berdoa untuk orang yang membuat kezaliman terhadapnya," ujar beliau selepas menutup Kursus Pengamatan Nilai-Nilai Islam Dalam Penugasan Harian di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan parti pembangkang yang mahu mengadakan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam agar Ahli Parlimen Bagai Serai, Mohsin Fadzli Samsuri ditimpa bala jika tidak melepaskan kerusi Parlimen tersebut.
Rabu lalu, Mohsin Fadzli mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman serta tidak puas hati dengan pendirian parti itu yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti itu dan mengisytiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Menurut Jamil, tindakan mengadakan solat hajat dan berdoa untuk kecelakaan orang lain adalah satu penyalahgunaan agama yang tidak sepatutnya berlaku.
"Perbuatan tersebut berdosa kerana kita tidak boleh mendoakan kecelakaan sesama umat Islam.
"Saya nasihatkan kepada mereka yang melakukan perbuatan itu supaya menghentikannya dan jangan kerana politik, kita hilang pertimbangan agama," jelasnya.
Sementara itu, mengulas gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ini, Jamil memberitahu, kesedaran individu amat penting dalam membendung gejala tersebut.
Jelasnya, sebelum melakukan sesuatu yang buruk dan mengaibkan, seseorang itu perlu berfikir tentang akibat yang akan berlaku kemudian hari disebabkan perbuatan mereka.
Gadai Nyawa Kaum Muslimin Demi Kepercayaan Kepada KAFIR?
McChrystal dalam siaran video yang diterjemahkan ke dalam bahasa Dari dan Pashtun melalui laman web NATO turut berjanji untuk berusaha mendapat balik kepercayaan rakyat negara ini.
Pegawai Afghan berkata, sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam serangan itu di wilayah Uruzgan, tengah Afghanistan.
"Saya berjanji memantapkan usaha kami bagi mendapatkan kembali kepercayaan anda untuk membina masa depan lebih cerah bagi seluruh rakyat Afghanistan.
"Saya telah melancarkan siasatan menyeluruh bagi mencegah kejadian begini daripada berulang," kata McChrystal dalam video itu.
Beliau memohon maaf secara langsung kepada Presiden Hamid Karzai kelmarin, sejurus selepas serangan tersebut dan siaran video hari ini menandakan satu lagi usaha tentera bersekutu untuk menjalankan kempen perhubungan awam yang intensif.
Serangan jet-jet NATO kelmarin, ke atas satu konvoi kenderaan yang disyaki membawa militan ialah serangan paling dahsyat ke atas penduduk awam dalam tempoh enam bulan dan mencetuskan kritikan hebat daripada kerajaan Afghan.
Insiden itu berlaku ketika NATO masih mengalami kesukaran untuk mendapatkan sokongan penduduk tempatan terhadap serangan besar-besaran tentera ke atas kedudukan Taliban di selatan menerusi strategi yang melibatkan segala langkah yang perlu bagi melindungi orang awam.
Kematian penduduk awam tersebut juga berlaku pada hari ke-10 operasi besar-besaran tentera NATO, AS dan Afghan untuk menggempur pemberontak Taliban di pekan Marjah, wilayah Helmand.
Misi operasi adalah untuk menumpaskan Taliban, menubuhkan sebuah kerajaan tempatan dan membawa masuk bantuan bagi mendapatkan sokongan penduduk tempatan. - AP
SAYA MALU.......
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
KENYATAAN AKHBAR / PRESS STATEMENT
Sabtu: 20 Rab’ul Awal 1431 / 06 Mac 2010
Saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat MPP/PKR yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat daripada PKR.
Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 02.09.1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR. Ternyata perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, dan mendaulatkan nilai dan prinsip-prinsip keadilan sejagat (universal value of natural justice) hanyalah sekadar laungan palsu. Keputusan ini juga membuktikan bahawa bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang menguasai PKR, ianya adalah satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan bagi memartabat, membela dan mempertahankan Islam.
Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya (a person can only be tried by his own peers). Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam.
Ini bukan sahaja bercanggah dengan prinsip dan nilai keadilan sejagat, malah merupakan satu penghinaan terhadap Islam dan umat Islam. Sebagaimana umat Islam merasa terhina bila Natrah dibicarakan oleh hakim Inggeris, dan kes kalimah ALLAH dibicarakan oleh hakim bukan Islam! Saya berasa terhina dihadapkan ke panel yang bukan Islam untuk membicarakan aqidah, kepercayaan dan agama saya!
Mengapa mereka berasa begitu sukar untuk mematuhi prinsip keadilan sejagat yang cukup mudah untuk dilaksanakan ini menjadi persoalan kepada saya? Bukannya saya enggan berdepan dengan Lembaga Disiplin, tetapi saya menuntut dibicarakan berdasarkan prinsip keadilan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Apakah mereka tidak mempunyai keyakinan jika panelnya terdiri daripada orang Islam? Malah salah seorang ahli panel yang beragama Islam menarik diri atas prinsip tidak mahu terbabit dengan panel yang bukan Islam ini!
Keputusan MPP pada hari ini jelas membuktikan bahawa PKR sudah dikuasai sepenuhnya oleh Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Keputusan MPP PKR hari ini juga membuktikan kepada saya bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam. Mereka yang bercita-cita mahu memartabat dan mendaulatkan Islam menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan akan menjadi korban.
Keputusan ini juga membuktikan dengan jelas kepada saya bahawa agenda perjuangan Islam tidak diterima oleh PKR. Malahan terbukti kepada saya deklarasi Dasar PR pada 19.12.2009 yang kononnya mendaulatkan Islam dan menghormati kedudukan umat dan institusi Islam didalam Perlembagaan Persekutuan adalah sekadar mainan politik picisan dan retorik murahan untuk mengelabukan mata umat Islam, dan suatu pembohongan jelas kepada rakyat.
Berdasarkan itu, tiada sebab dan alasan lagi untuk saya terus berada didalam PKR. Malah saya berasa malu kapada ALLAH dan umat Islam untuk terus bersama PKR. Walaupun saya mempunyai ruang untuk membuat rayuan, namun saya tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip saya dan menjual maruah saya untuk berhadapan dengan sandiwara Fir’aun-Fir’aun Kecil ini. Sebaliknya saya akan mengkaji dan menimbang opsyen dan pilihan yang ada pada saya sebelum mengambil tindakan sewajarnya.
Saya melihat menjadi satu trend didalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan “character assassination” yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan mereka. Saya menasihatkan kepada Fir’aun-Fir’aun Kecil ini supaya jangan terlalu emosional, sebaliknya bersikaplah dengan professional dan matang. Berlainan wadah tidak bermakna silaturrahim terpatah. Itulah prinsip Islam yang sangat indah dan mempesonakan jika dilaksanakan. Saya berharap mereka akan menghentikan serta merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi dan ‘character assassination” terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih. Janganlah mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap “tell-all” dan menelanjangkan semua keburukan kita pula.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan sahabat samada diperingkat wakil rakyat, kepimpinan dan ahli PKR yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya selama ini. Terima kasih kerana menghormati hak dan pendirian saya sebagai seorang Muslim, walaupun saudara mungkin berbeza pendapat dengan saya. Cuma satu peringatan daripada saya, hari ini saya menjadi mangsa, esok-esok mungkin giliran saudara pula selagi Fir’aun-Fir’aun Kecil ini dibenarkan berleluasa didalam PKR.
Terima kasih tidak terhingga kepada petugas dan pembantu saya yang sangat setia dan sentiasa bersama saya senang dan susah iaitu Puan Roslijah Syed, Sdr. Gunalan dan Tuan Hj. Abdul Rahman di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu. Pengorbanan dan kesetiaan sdr/i akan saya kenang selama-lamanya, moga ALLAH membalasnya.
Sekian wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
20 Rabi’ul Awal 1431
06 Mac 2010
sorang lagi suara islam di dalam pkr di nafikan suara nya...
apa nak jadi dgn anak berahim...??? ketaksubanya untuk menuju ke putrajaya telah membuatkan ia tuli...pekak dgn ketidak puasan hati...rakan2 nya yang selama ini..sanggup masuk penjara..sanggup di istihar bankrupt...sanggup tinggalkan anak bini..kesemuanya kerana hendak memperjuangkan keadilan....keadilan..?? keadilan untuk nuar..bukan rakyat....
di harap org melayu yang taksub dgn anak berahim nie..sedarlah...bukak mata..hati...buatlah penilaian semula terhadap sokongan anda pada anak berahim nie...jangan nanti di sebabkan kebebalan dan kesombongan kita hari ini akan menjadikan KEZALIMAN PADA ANAK CUCU KITA NANTI...
Syarikat Sdn Bhd???
Jangan Lokek Berbelanja untuk Iklan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap ini dapat dilihat daripada jumlah usahawan bumiputera yang berbelanja dalam bidang pengiklanan adalah sebanyak satu peratus sahaja.
Katanya, keseluruhan jumlah perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh semua syarikat termasuk multi nasional pada tahun lalu adalah sebanyak RM4.5 bilion.
Beliau memberitahu, perbelanjaan pengiklanan yang dibuat oleh kumpulan tersebut adalah melalui media cetak seperti surat khabar manakala pengiklanan melalui televisyen pula terlalu kecil.
Beliau berucap pada majlis Pelancaran Segmen Usahawan dalam Program Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas TV3, di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, sikap mahu mendapatkan keuntungan segera setelah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam bidang pengiklanan juga perlu dibuang memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan syarikat.
Sementara itu, mengenai segmen Usahawan tersebut Mohamed Khaled berkata, ia dilaksanakan dengan kerjasama stesen televisyen swasta TV3 yang disiarkan melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 8.30 pagi.
Jelasnya, program tiga minit itu akan memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi dan memperkenalkan produk masing-masing kepada orang ramai.
UNDI ANAK BUAH AKU ~KALU SUDI
Mai tengok blog saya
Come visit my blog at Helm-mart online store
Ditindih atau paralisis?
RAKAN lama saya ini, Azam, sudah lama mengajak untuk bertemu. Katanya ada hal penting. Dia hendak mengadu tentang sesuatu yang mengganggu dirinya di rumah yang baru dua minggu disewanya di Gombak.
Katanya, rumah dua bilik yang disewa itu ‘keras’ dan dia sering diganggu ketika tidur. ‘Lembaga yang rupanya tidak jelas itu’ (seperti yang digambarkannya) akan menekan tubuhnya kuat di atas katil dan dia tidak boleh bergerak langsung. Hendak menjerit pun adakalanya tidak keluar suara.
“Banyak kali jadi macam tu. Aku tau ada ‘benda’ yang tinggal dalam rumah tu. Tapi sekarang aku dah tak takut. Cuma susah la. Aku asyik mengantuk di pejabat sebab tak cukup tidur,” ujar Azam, masih cuba berlagak berani.
‘Ah! Dari zaman asrama sampai dah umur 30, lagi-lagi cerita yang sama.’ Bisik hati saya.
Saya pun pernah mengalami kejadian yang sama, tapi tidaklah taksub sangat dengan menokok tambah cerita itu dengan kisah ‘tangan halimunan’ yang merayap di seluruh badan (seperti yang bersungguh-sungguh didakwanya).
“Betul! Aku rasa ada roh yang tak tenteram terperangkap dalam rumah tu,” sambung Azam. Malas hendak berhujah, anak mata hitam saya terus mencari langit.
Hinggalah saya mendengar penjelasan seorang rakan, Dr. Harris, yang mengulas tentang perkara tersebut dari sudut saintifik perubatan melalui penulisan dalam blog peribadinya. Nah Azam, cuba baca ini!
Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).
Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.
Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.
Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).
Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.
Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.
Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
Harussani dedah keangkuhan Pas
Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.
Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek
Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.
Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.
"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.
Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya.
Gambar Forumer JomLayan part 3
please paste your picture here.
warning. Your Picture.. not other people picture.. :gelak:
sambunggan..
ANNOUNCEMENT.
segala rombakkan akan di jalan kan xlama lagi..
JEMPUTAN ke kenduri cukur jambul
Atas amanat yg di amanahkan pd sy... maka dengan ini sy (wakil pd si wani) menjemput sume warga JL ke rumah Wani di Puchong
Tarikh : 7 Mac 2010
Masa : 12 tengah hari
Alamat : x ingat ler pulak, pada yg pernah dtg ke rumah dia tuh tau ler, klu ada yg tau nak tempekkan google map tu sangat2 lah dialu-alukan
Insya-Allah sy akan dtg ke majelis dia.... marilah kita bersama2 memeriahkan kedatangan anak dia...
saper yg x datang tuh.... kecik hati dia tau
terutamanya otai2 JL nih.... datang la ek...
Sekian. Terima Kasih
Menu dia :
Pizza
Chicken Chop
Mee Bandung
Nasik Beryani kambing
Sup ayam stail mamak
Kari Ketam
Kek Lapis
Buah-buahan
Air Kosong
:gelek::gelek::gelek: