JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...
                                           

  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
  • Game Section

Current time: 04-09-2010, 07:27 AM Hello There, Guest! (Login — Register)


JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua... / INFO DUNIA GLOBALISASI / Layan Politik Semasa / Tiada lagi siri penangguhan untuk Anwar

Register Akaun Forex dgn baguznet

Post Reply  Post Thread 
Threaded Mode | Linear Mode
Tiada lagi siri penangguhan untuk Anwar
Author Message
followthewolf_king Male
+++ peace of mind +++
Moderators

Posts: 8,489
Group: Moderators
Joined: 10-06-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 165
JL$: 243324

xFireName: voices from the past
Post: #1
Tiada lagi siri penangguhan untuk Anwar

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

SELEPAS lebih setahun menunggu, akhirnya kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Azlan Bukhari menjalani perbicaraan yang sebenar hari ini.

Kes tersebut dikemukakan di Mahkamah Sesyen pada 10 September 2008. Hanya semalam mahkamah membulatkan keputusan - tiada lagi penangguhan atau siri keistimewaan untuk Anwar.

Hakikatnya, membiarkan kes itu ditangguh sehingga lebih setahun telah memberi petunjuk yang salah terhadap peranan mahkamah itu sendiri. Ia juga menyempitkan tafsiran undang-undang yang dicipta sebagai garis panduan untuk menuntut keadilan.

Biar pun setiap kali penangguhan dibenarkan ia dilengkapi dengan alasan, namun perlu diakui penangguhan bermakna menjejaskan peluang pihak yang terlibat untuk membentangkan kesnya di mahkamah.

Sejak lebih setahun lalu, pelbagai permohonan di pihak Anwar telah dikemukakan - jelas untuk satu tujuan iaitu melewat-lewatkan perbicaraan kes tersebut.

Siri bantahan pasukan peguam Anwar sebelum ini dilihat berkisar kepada soal mahkamah yang layak mendengar kesnya, barisan pendakwa yang kononnya mempunyai kepentingan bercanggah lantaran pernah menganggotai kes mata lebamnya.

Begitu juga dengan dokumen dan barangan kes yang diminta dibekalkan kepadanya menggunakan proses undang-undang.

Anwar mahu mahkamah, hakim, pendakwa, saksi dan audien yang mendengar kes tersebut bersetuju dengan hujah-hujahnya kelak - itu baru keadilan namanya, itu juga ketelusan, itu juga kedaulatan undang-undang.

Manakala jika ada satu pihak dilihat condong kepada pengadu biar pun kecenderungan itu berasaskan kepada fakta dan undang-undang, akan bergemalah kata-kata mahkamah berat sebelah, hakim dibeli, pendakwa ada teori konspirasi dan saksi- saksi dirasuah.

Itulah corak keadilan yang diperjuangkan oleh Ketua Pembangkang. Sedangkan satu pihak lagi terikat. Lantaran apa sahaja kenyataan, pengakuan atau berita yang datang daripada mulutnya di luar mahkamah akan dibalas dengan tohmahan dan fitnah di pihak penyokong Anwar dalam siri ceramah jelajah negara.

Tetapi di manakah keadilan jika satu pihak beria-ia menangguhkan dengan alasan 'demi keadilan' dan satu pihak lagi mahu proses mencari keadilan disegerakan.

Hari ini kedua-dua pihak akan bertemu pada satu noktah supaya segala-galanya dapat dirungkai dan diselesaikan. Juga supaya teka-teki sama ada benarkah Anwar meliwat atau Mohd. Saiful mengada-adakan cerita dia diliwat dapat diketahui.

Jangan pula tatkala proses perbicaraan baru hendak bermula akan ada tuntutan lagi. Akan ada pelbagai gangguan di peringkat itu walaupun kemungkinannya telah boleh dibaca.

Hakikatnya cabaran untuk proses perbicaraan adalah lebih panjang. Ini kerana yang bakal didedahkan dan terdedah jauh lebih panas daripada proses menentukan mahkamah, hakim dan dokumen untuk perbicaraan sebenar.

Justeru adalah menjadi harapan agar mahkamah tidak menjadi bahan mainan Anwar untuk mencari 'keadilan' yang bersesuaian dengan kehendak serta fahamannya.

Lebih daripada itu, jika benar semua pihak inginkan keadilan, maka mahkamah dan undang-undang adalah tempatnya. Tetapi kita tidak boleh lupa - adakalanya mahkamah dan undang bukan juga jawapannya.


Melayu terbahagi tiga, UMNO, PAS dan PKR.
Undi Cina undi penentu.
Tak ikut kemahuan mereka, berkemungkinan kalah.
03-02-2010 04:24 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows 9x/NT/2000Internet Explorer
« Next Oldest | Next Newest »
Post Reply  Post Thread 

Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies: Views: Last Post
  Anwar gelar ahli lompat parti 'katak' followthewolf_king 1 109 11-03-2010 07:59 PM
Last Post: nurharish
  Kes liwat Anwar: Hadi selar anggota Parlimen Australia followthewolf_king 8 140 11-03-2010 04:00 AM
Last Post: followthewolf_king
  Penasihat ekonomi : Rakyat Selangor tunggu apa Anwar akan buat ? followthewolf_king 10 223 12-12-2009 10:52 PM
Last Post: followthewolf_king
  Anwar gugat Pas? sesajer 9 110 30-11-2009 03:41 PM
Last Post: GENG JAHAT
  32 Dalil Anwar Pengkhianat Qutark 7 452 30-11-2009 11:52 AM
Last Post: zayteck

View a Printable Version
Send this Thread to a Friend
Subscribe to this Thread | Add Thread to Favorites

Forum Jump:
JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com
Contact Us | JomLayan.Com | Return to Top | Return to Content | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication

Powered By MyBB
Copyright © 2002-2010 MyBB Group