JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua...
                                           

  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
  • Game Section

Current time: 15-03-2010, 02:13 AM Hello There, Guest! (Login — Register)


JomLayan: Layanan Mesra Di Mana Jua... / INFO DUNIA GLOBALISASI / Layan Politik Semasa / Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

alaf21

Post Reply  Post Thread 
Pages (2): « First [1] 2 Next > Last »
Threaded Mode | Linear Mode
Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'
Author Message
followthewolf_king Male
+++ peace of mind +++
Moderators

Posts: 8,468
Group: Moderators
Joined: 10-06-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 165
JL$: 244229

xFireName: voices from the past
Post: #1
Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

PAKATAN pembangkang tengah kalut. Cool PKR, Pas dan DAP telah menjadi panas. Buat apa pun tak menjadi. Tapi dalam ketiga-tiga parti itu (yang tidur sebantal, mimpi lain-lain) DAP yang nampaknya cool. Mereka cuba tidak mahu menampakkan sebarang kontroversi, lebih-lebih lagi yang membabitkan parti mereka dan orang ramai. Tapi dalam diam-diam, DAP sedang susun strategi jangka pendek dan jangka panjang Middle Malaysianya untuk mengambil alih negara ini.

Cool dalam bahasa Inggeris ada beberapa erti. Secara istilah bermaksud sejuk, dingin. Orang muda kata cool, ertinya hebat, tapi dalam istilah lain bermakna tenang, relaks, tidak gelabah dan tidak marah.

Tapi cool itu kini sudah menjadi wap stim yang panas. Anwar Ibrahim, mentor PKR dan ketua pembangkang di Parlimen sudah tidak cool lagi. Pengikut setianya Zulkifli Noordin pun dimarahinya. ''Zulkifli Noordin melampau," kata Anwar.

Anwar mengakui, sebelum ini beliau banyak bertolak ansur dengan Zulkifli apabila membiarkannya menyatakan pendapatnya sendiri.

''Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur. Ia bertentangan dengan semangat demokrasi," kata Anwar mengulas mengenai Zul dalam laman blognya.

Apa? Anwar kata ia bertentangan dengan semangat demokrasi. Hanya orang Islam yang bodoh sahaja mengatakan apa yang diperjuangkan oleh Zul Noordin itu sebagai ''bertentangan dengan semangat demokrasi''.

Anwar ternyata terlalu marah, coolnya sudah hilang. Itu tidak kira lagi kemarahannya apabila Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Azan Ismail meletakkan jawatan dan ahli-ahli jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Selangor menolak kepimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim dan mengisytiharkan bahagian itu dibubarkan. Pening kepala Anwar. Sudahlah kes dirinya sendiri pun belum selesai, ini masalah dalaman parti pula.

Oleh kerana PKR ini banyak masalahnya, kita lihat dulu secara pantas sedikit latar belakang parti itu.

Asalnya PKR atau Parti Keadilan Nasional dikenali sebagai Parti Keadilan. Simbolnya berbentuk mata, seakan-akan mata pengasasnya Anwar, bagi mengingatkan pengikutnya yang mata Anwar pernah lebam. Parti itu diwujudkan selepas Anwar disingkirkan dari UMNO atas pelbagai tuduhan yang dihadapinya.

Ramai pengikut Anwar yang menyertainya. Yang menyertainya; ada yang terlalu taksub dengan Anwar, ada yang terlalu marah dengan kerajaan semasa, ada yang tiada haluan dan mahu cuba-cuba, ada yang tidak boleh naik dalam UMNO dan mahu mencuba tapak baru. Ini termasuklah perusuh-perusuh demonstrasi jalanan seperti Tian Chua dan mereka yang merasakan lebih demokratik daripada orang lain seperti Hishamuddin Rais - semuanya masuk ke dalam parti Anwar. Pendek kata yang masuk PKR semuanya orang bermasalah.

Selain itu, yang menyertai Anwar termasuklah bekas-bekas pegawai kanannya semasa beliau dalam kerajaan dulu seperti Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan Ezam Mohd. Noor. Azmin kini merupakan orang yang paling dipercayai dalam PKR, manakala Ezam pula menjadi sebaliknya. Rakan-rakan wartawan juga ada beberapa orang yang masuk menyertai Anwar ketika itu, tapi kemudian berpaling tadah.

Khalid Jaafar pula, orang kuat dan think-tank Anwar dalam UMNO dulu, secara strategiknya diletakkan dalam Pas.

Antaranya orang yang turut menyertai PKR ialah Zulkifli Noordin, seorang peguam lulusan luar negara, yang amat taat setia dan taksub kepada Anwar.

Dia tidak masuk Pas kerana faktor Anwar. Dalam pilihan raya umum lalu dia diberi kawasan di Kulim Bandar Baharu dan dia menang di kawasan itu. Zulkifli ini jenis degil sedikit. Dia suka memberontak. Dia pernah memberitahu saya: ''Perjuangan aku adalah demi Islam, jika pakatan pembangkang membelakanginya aku akan tentang."

Kerana itu, Anwar gagal mengawalnya kerana perjuangan Zul itu adalah teguh dan tetap. Beliau kini menentang habis-habisan Ahli Parlimen Shah Alam, yang juga Pesuruhjaya Pas kawasan itu, Khalid Samad. Khalid dilihat oleh Zul sebagai ''terlalu mengambil hati orang bukan Islam'' dengan membelakangkan Islam.

Terbaru yang amat merentap perasaan Zulkifli ialah apabila Khalid dalam satu artikel memberitahu ''Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman'' disiarkan laman portal propembangkang Malaysiakini.

Zul yang terlalu marah membuat laporan polis di pondok polis di Jalan Masjid India, berhampiran pejabat peguamnya di Wisma Yakin. Sebenarnya, jika tidak silap saya ini bukan pertama kali beliau membuat repot polis terhadap rakan-rakannya sendiri dalam pakatan, apabila pendirian dan prinsipnya dicabar.

Zul menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Dewan Undangan Negeri Selangor serta menghina umat Islam secara umumnya.

Apakah Zul Noordin ini menjadi 'duri dalam daging' kepada PKR dan pakatan?

Semalam Biro Politik PKR mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tindakan yang akan diambil terhadap Zul Noordin.

Keputusan yang dibuat ialah Zul akan dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin. Dia juga tidak dibenarkan bercakap pada media dalam tempoh sebulan.

Sekali lagi, parti Anwar yang kononnya berjuang atas dasar keadilan dan mengagungkan dasar demokrasi Barat dan Amerika kini menutup mulut pemimpinnya sendiri.

Apa ini? Bercakap mengenai Islam pun tak boleh? Hendak mengkritik kawan yang menentang Islam pun tak boleh?

Para pemerhati melihat PKR dan Anwar yang terlalu bergantung kepada orang bukan Islam untuk mendapatkan sokongan serta kemenangan besar, sekali gus memerintah negara ini, sanggup mengetepikan perjuangan pengikut setianya Zul Noordin.

Zul Noordin boleh dikorbankan demi kemenangan mutlak Anwar.

Yang hairan, sungguh-sungguh hairan lagi, Pas yang kononnya mendakwa berjuang atas prinsip Islam tidak pula mengambil sebarang tindakan terhadap Khalid Samad? Walhal khabarnya Sultan Selangor amat murka dengan Khalid, sehingga dipanggil menghadap ke istana.

Apa sudah jadi ini? Saya keliru, rakyat keliru, Zul Noordin lagi keliru. Wahai pembaca sekelian, inilah yang dinamakan politik.

Apa sekalipun, politik Malaysia sedang melalui proses kematangannya. Tidak pastilah apakah pengikutnya juga sedang melalui proses pemikiran yang sama, atau masih taksub dan tolol.


Melayu terbahagi tiga, UMNO, PAS dan PKR.
Undi Cina undi penentu.
Tak ikut kemahuan mereka, berkemungkinan kalah.
27-01-2010 10:19 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows 9x/NT/2000Internet Explorer
enjiNyior Female
Tan Sri JL
*******


Posts: 6,323
Group: Registered
Joined: 17-08-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 103
JL$: 33597
Post: #2
RE: Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

pjg bangat daa...

PKR nih ramai yg terdiri dr x-armno... perangai mereka pon byk yg lebih ke pro-armno.

Tapi klu dorg dlm armno, jgn harap dorg boleh bersore mcm dia buat skrg nih... berbeza pendpt berlaku dimana2... klu nak bersore pon bersore lah.. tp klu nak bersore org kata biar lah dengan dalil2 nya... bkan bersore atas dasar benggang (napsu amarah jer).

Apa yg Zul ckp, maka dia kena bertanggongjawap ler ngan percakapan dia... org kata lidah lebih tajam dr pedang...

klu dia decide nak kuar sbb mendapat teguran dr pemimpin, maka dia kena berani utk kuar lah.. org kata bertanggongjawap lah...

tapi ramai gak maknusia nih... dia x carry apa yg dipertanggongjawapkan pd dia... contoh : amanah pasal kerja.. klu dia x boleh makan rasuah maka x boleh lah

tapi skrg nih dah terbalik... rasuah jadik legal kat M'sia nih apabila sesorg itu meletak syarat2 tertentu masa nak sain kontrek... contoh, mintak brg free (dia letak dlm kontrek), contoh lain... kena bwk beberapa CEO pergi bercuti (sume tuh ada dlm kontrek) atas alasan lawatan...


Buat Baik Bepada-pada
27-01-2010 03:17 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
whizz Male
Super Moderator
Super Moderators

Posts: 6,913
Group: Super Moderators
Joined: 20-04-07
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 66
JL$: 490847
Post: #3
RE: Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

Quote:
Zulkifli Nordin Dirujuk Kepada Lembaga Disiplin PKR
PETALING JAYA, 26 Jan (Bernama) -- Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat yang mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas, akan kepada Lembaga Disiplin PKR.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan itu dibuat oleh Biro Politik PKR dalam mesyuaratnya hari Selasa.

Katanya lembaga tersebut diminta bersidang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan bagi mengkaji, menyiasat aduan dan mendengar penjelasan Zulkifli berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

"Lembaga disiplin terikat kepada keputusan yang berupa amaran, menggantung keahlian dan memecat keanggotaan," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau berkata sementara siasatan itu berjalan, Zulkifli tidak harus memberi sebarang kenyataan media bagi membolehkan proses ini diselesaikan mengikut saluran parti.

Anwar pula, ketika ditanya sama ada Zulkifli akan diminta menarik balik laporan itu, berkata tindakan anggota parlimen itu adalah tidak betul.

Beliau berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan isu peletakan jawatan Anggota Parlimen Indera Mahkota daripada parti itu, Azan Ismail, sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Bercakap dalam sidang akhbar itu, Azan berkata peletakan jawatannya telah pun dimaklumkan lebih awal kepada Anwar.

-- BERNAMA


Sumber : http://bernama.com/bernama/v5/bm/newspol...?id=471323


Rape Me, My Friend
Rape me again
I'm Not the only one
Hate me
Do it and do it again
Waste me
Taste me, my friend
My Favorite inside source
I'll kiss your open sores
Appreciate your concern
You'll always stink and burn

Kurt Cobain-Nirvana
27-01-2010 04:10 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Winows VistaSafari
whizz Male
Super Moderator
Super Moderators

Posts: 6,913
Group: Super Moderators
Joined: 20-04-07
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 66
JL$: 490847
Post: #4
RE: Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

Quote:
Zulkifli Tidak Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Khalid
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Anggota Parlimen kawasan Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad walaupun telah diminta berbuat demikian oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli daripada PKR berkata beliau akan hanya berbuat demikian jika Khalid daripada PAS, menarik balik kenyataannya yang menyebut Enakmen Agama Islam negeri Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah ketinggalan zaman, serta memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Hari ini saya telah diminta oleh Datuk Seri Anwar untuk tarik balik laporan itu. Saya jawab tak ada sebab untuk tarik laporan itu, melainkan Khalid tarik balik kenyataan mengenai enakmen tersebut, minta maaf kepada umat Islam dan Sultan," katanya kepada Bernama di sini, malam Isnin.

Dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Jalan Masjid India, Sabtu lepas, Zulkifli turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman' seperti yang disiarkan di laman portal Malaysiakini dua hari sebelum itu.

Dalam artikel tersebut, Khalid dipetik sebagai menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dengan alasan pada masa undang-undang itu diluluskan mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi.

Kenyatan Khalid itu merujuk kepada Enekmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

Ekoran tindakannya itu Zulkifli bakal berdepan dengan tindakan disiplin apabila Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, satu mesyuarat Biro Politik Khas akan diadakan esok di Ibu Pejabat PKR bagi membincangkan tindakan yang akan diambil terhadap Zulkifli.

Mengulas tindakan yang akan diambil terhadapnya, Zulkifli berkata PKR mempunyai hak untuk mengambil tindakan sekiranya mereka merasa perlu tetapi beliau juga ada hak untuk mempertahankan tindakannya itu.

Bagaimanapun beliau sedia memberi kerjasama tetapi biro tersebut perlu memanggilnya untuk memberi keterangan sebelum membuat sebarang keputusan, dan hingga kini beliau belum menerima apa-apa notis dan surat daripada parti.



Katanya Anwar juga tidak memaklumkannya mengenai apa-apa notis, sebaliknya hanya menyebut bahawa kes itu akan dirujuk kepada Biro Politik Khas.

Mengenai desas-desus yang beliau mungkin dipecat daripada parti, Zulkifli berkata: "Cakap-cakap yang mengatakan saya akan dipecat hanyalah spekulasi tetapi jika betul-betul dipecat saya akan bertindak. Saya telah bersedia."

Dalam perkembangan yang sama Zulkifli turut meminta Naib Presiden PAS Selangor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegur Khalid terlebih dahulu sebelum menyalahkan beliau sepenuhnya.

Katanya, Tuan Ibrahim sepatutnya menegur Khalid berhubung kenyataanya mengenai enakmen tersebut kerana jelas menghina umat Islam dan institusi Raja.

-- BERNAMA


Sumber : http://bernama.com/bernama/v5/bm/newspol...?id=471090


Rape Me, My Friend
Rape me again
I'm Not the only one
Hate me
Do it and do it again
Waste me
Taste me, my friend
My Favorite inside source
I'll kiss your open sores
Appreciate your concern
You'll always stink and burn

Kurt Cobain-Nirvana
27-01-2010 04:13 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Winows VistaSafari
GENG JAHAT Male
empirical evidence
JLOB

Posts: 24,839
Group: JLOB
Joined: 01-06-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 293
JL$: 610031
crown
Post: #5
RE: Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

enjiNyior Wrote:
pjg bangat daa...

PKR nih ramai yg terdiri dr x-armno... perangai mereka pon byk yg lebih ke pro-armno.

Tapi klu dorg dlm armno, jgn harap dorg boleh bersore mcm dia buat skrg nih... berbeza pendpt berlaku dimana2... klu nak bersore pon bersore lah.. tp klu nak bersore org kata biar lah dengan dalil2 nya... bkan bersore atas dasar benggang (napsu amarah jer).

Apa yg Zul ckp, maka dia kena bertanggongjawap ler ngan percakapan dia... org kata lidah lebih tajam dr pedang...

klu dia decide nak kuar sbb mendapat teguran dr pemimpin, maka dia kena berani utk kuar lah.. org kata bertanggongjawap lah...

tapi ramai gak maknusia nih... dia x carry apa yg dipertanggongjawapkan pd dia... contoh : amanah pasal kerja.. klu dia x boleh makan rasuah maka x boleh lah

tapi skrg nih dah terbalik... rasuah jadik legal kat M'sia nih apabila sesorg itu meletak syarat2 tertentu masa nak sain kontrek... contoh, mintak brg free (dia letak dlm kontrek), contoh lain... kena bwk beberapa CEO pergi bercuti (sume tuh ada dlm kontrek) atas alasan lawatan...


////

wlpun mcmana pun...sungguh heran...zul yg akan di dakwa lembaga disiplin......sedangkan pemimpin PAS..senyapp jer atas tingkah laku..khalid gereja.....apa dah jadi dengan " membangun bersama islam pas....? mana dia dasar perjuangan negara islam pas.....
kena tggu alamat mimpi dari DAP dulu ker?


``````````````````````````````````````````
INGIN MENIAGA? menambahkan pendapatan sampingan..
http://vasoil.blogspot.com

www.zasfoodcake.blogspot.com
29-01-2010 06:01 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Winows VistaUnknown
enjiNyior Female
Tan Sri JL
*******


Posts: 6,323
Group: Registered
Joined: 17-08-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 103
JL$: 33597
Post: #6
RE: Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

zul kan org nuar... maka biarlah org dia yg settle... ada ker dia mintak PAS masok campor..

sama gak halnya MCA ngan armno... dorg ada cross function ker

PAS kan dah nyatakan pendirian... nama "Allah" boleh digunakan... sbb x ader dalil atau ayat al-Quran yg mengatakan nama "Allah" tu milik org Islam...

klu GJ baca buku Yusuf Al-Qadawi (sy x ingat buku yg mana satu) ada dia nyatakan pasal isu2 yg x termaktub dlm al-Quran & hadis... klu x der isu tuh dijumpai dlm dalil2 soheh, maka ada pelepasan utk kita amalkan, tapi jgn pulak kita abuse kelonggaran itu.. mcm isu "Allah" lah.... tiada dalil soheh, yg mengatakan dia haram...

tapi undang2 yg maknusia buat tuh, yg mengatakan haram atau tak boleh... kita diberi pilihan utk ikot atau tidak. Klu org rasa undang2 maknusia lebih hebat, maka ikot lah... selagi x bertentangan ngan ajaran Islam... tp klu bertentang tapi maknusia nak ikot pilihan itu, maka dia kenalah bertanggongjawap dengan pilihan dia


Buat Baik Bepada-pada
29-01-2010 06:37 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
followthewolf_king Male
+++ peace of mind +++
Moderators

Posts: 8,468
Group: Moderators
Joined: 10-06-08
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 165
JL$: 244229

xFireName: voices from the past
Post: #7
RE: Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

enjiNyior Wrote:
zul kan org nuar... maka biarlah org dia yg settle... ada ker dia mintak PAS masok campor..

sama gak halnya MCA ngan armno... dorg ada cross function ker

PAS kan dah nyatakan pendirian... nama "Allah" boleh digunakan... sbb x ader dalil atau ayat al-Quran yg mengatakan nama "Allah" tu milik org Islam...

klu GJ baca buku Yusuf Al-Qadawi (sy x ingat buku yg mana satu) ada dia nyatakan pasal isu2 yg x termaktub dlm al-Quran & hadis... klu x der isu tuh dijumpai dlm dalil2 soheh, maka ada pelepasan utk kita amalkan, tapi jgn pulak kita abuse kelonggaran itu.. mcm isu "Allah" lah.... tiada dalil soheh, yg mengatakan dia haram...


tapi undang2 yg maknusia buat tuh, yg mengatakan haram atau tak boleh... kita diberi pilihan utk ikot atau tidak. Klu org rasa undang2 maknusia lebih hebat, maka ikot lah... selagi x bertentangan ngan ajaran Islam... tp klu bertentang tapi maknusia nak ikot pilihan itu, maka dia kenalah bertanggongjawap dengan pilihan dia


patut lah zaman sekarang ni ramai orang hisap dadah...
sebab takda dalil nas yang mengatakan ianya haram bukan...???
apalah manusia ni, buat undang2 yang dadah tu haram...
kena hukuman gantung plak tu...
cetek betul akal manusia ni termasuk kita ni kan...
aduhai...


Melayu terbahagi tiga, UMNO, PAS dan PKR.
Undi Cina undi penentu.
Tak ikut kemahuan mereka, berkemungkinan kalah.
30-01-2010 11:23 AM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows 9x/NT/2000Internet Explorer
GENG JAHAT Male
empirical evidence
JLOB

Posts: 24,839
Group: JLOB
Joined: 01-06-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 293
JL$: 610031
crown
Post: #8
RE: Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

enjiNyior Wrote:
zul kan org nuar... maka biarlah org dia yg settle... ada ker dia mintak PAS masok campor..

sama gak halnya MCA ngan armno... dorg ada cross function ker

PAS kan dah nyatakan pendirian... nama "Allah" boleh digunakan... sbb x ader dalil atau ayat al-Quran yg mengatakan nama "Allah" tu milik org Islam...

klu GJ baca buku Yusuf Al-Qadawi (sy x ingat buku yg mana satu) ada dia nyatakan pasal isu2 yg x termaktub dlm al-Quran & hadis... klu x der isu tuh dijumpai dlm dalil2 soheh, maka ada pelepasan utk kita amalkan, tapi jgn pulak kita abuse kelonggaran itu.. mcm isu "Allah" lah.... tiada dalil soheh, yg mengatakan dia haram...

tapi undang2 yg maknusia buat tuh, yg mengatakan haram atau tak boleh... kita diberi pilihan utk ikot atau tidak. Klu org rasa undang2 maknusia lebih hebat, maka ikot lah... selagi x bertentangan ngan ajaran Islam... tp klu bertentang tapi maknusia nak ikot pilihan itu, maka dia kenalah bertanggongjawap dengan pilihan dia


/////////////

zul buat laporan terhadap khalid gereja...tentang kebiadapan...( kebodohan sebenar nya..) mengenai..isu ALLAH dan memperlekehkan raja selangor dan JAIS....sepatutnya..PAS siasat tentang dakwaan atau report polis yg di buat oleh khalid..bukan nya..zul yg bagai nak rak di siasat...

mana pi...undang2 pas..? ADA KHALID DI SIASAT ATAS ..REPORT POLIS YG DI BUAT TERHADAP NYA...?????????????

bab isu ALLAH nie....nik ajis..haji hadi sendiri..akui..tak boleh di gunakan pkataan ALLAH oleh pihak gereja...kita mmg tahu...islam tak larang.....tapi..kita pun tahu..sesuatu perkara kalau ada keburukan nya lebih dari kebaikan nya..kita perlu menolak nya...( malang nya..pemimpin pas..still main wayang...agak takut2 nak kata...boleh atau tak....itu sebenarnya sikap pemimpin pas....still jadi pemimpin UNDI..bukan pemimpin islam yg jati...bab nie kita RESPEK PADA DATO HARUN DIN....BELIAU TEGAS...NO UNTUK ALLAH BAGI XTIAN...)

nak tanya..enjin ..simple soalan...

ok lah..ahli kitab...di benarkan guna pktaan ALLAH...
so kononya lah kan...org kristian skrg ahli kitab...wlpun..kitab injil yg ada skrg..byk dah di oter2...
kita di benarkan MAKAN..MAKANAN SEMBELIHAN AHLI KITAB...KITA DI BENARKAN KAWEN DGN AHLI KITAB...

nak tanya enjin....ENJIN NAK MAKAN TAK KALAU..AYAM YG DI SEMBELIH OLEH RICHARDSAMY..seorg india kristian ...atau MICHEL CHEN..seorg CINA XTIAN....????

KALAU NAK..CARRY ON..FIGHT LAH..AGAR MEREKA BOLEH GUNA PKTAAN ALLAH..SAMA DGN ORG ISLAM...

kalau tak lalu nak makan sembelihan dia org...knapa plak...BUKAN KER DIA ORG AHLI KITAB..KITAB INJIL...?


``````````````````````````````````````````
INGIN MENIAGA? menambahkan pendapatan sampingan..
http://vasoil.blogspot.com

www.zasfoodcake.blogspot.com
30-01-2010 01:11 PM
Visit this users website Find all posts by this user Quote this message in a reply Winows VistaUnknown
enjiNyior Female
Tan Sri JL
*******


Posts: 6,323
Group: Registered
Joined: 17-08-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 103
JL$: 33597
Post: #9
RE: Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

followthewolf_king Wrote:
patut lah zaman sekarang ni ramai orang hisap dadah...
sebab takda dalil nas yang mengatakan ianya haram bukan...???
apalah manusia ni, buat undang2 yang dadah tu haram...
kena hukuman gantung plak tu...
cetek betul akal manusia ni termasuk kita ni kan...
aduhai...


bagoih ler wupp... samakan dadah dlm isu nih...

tukul dadah tuh dah terang2 membawa mudarat..


Buat Baik Bepada-pada
02-02-2010 07:07 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
enjiNyior Female
Tan Sri JL
*******


Posts: 6,323
Group: Registered
Joined: 17-08-06
MemberOf Week: 0 Times
Status: Offline
Reputation: 103
JL$: 33597
Post: #10
RE: Zul Noordin pejuang sejati atau 'duri dalam daging'

GENG JAHAT Wrote:
/////////////

zul buat laporan terhadap khalid gereja...tentang kebiadapan...( kebodohan sebenar nya..) mengenai..isu ALLAH dan memperlekehkan raja selangor dan JAIS....sepatutnya..PAS siasat tentang dakwaan atau report polis yg di buat oleh khalid..bukan nya..zul yg bagai nak rak di siasat...

mana pi...undang2 pas..? ADA KHALID DI SIASAT ATAS ..REPORT POLIS YG DI BUAT TERHADAP NYA...?????????????

bab isu ALLAH nie....nik ajis..haji hadi sendiri..akui..tak boleh di gunakan pkataan ALLAH oleh pihak gereja...kita mmg tahu...islam tak larang.....tapi..kita pun tahu..sesuatu perkara kalau ada keburukan nya lebih dari kebaikan nya..kita perlu menolak nya...( malang nya..pemimpin pas..still main wayang...agak takut2 nak kata...boleh atau tak....itu sebenarnya sikap pemimpin pas....still jadi pemimpin UNDI..bukan pemimpin islam yg jati...bab nie kita RESPEK PADA DATO HARUN DIN....BELIAU TEGAS...NO UNTUK ALLAH BAGI XTIAN...)

nak tanya..enjin ..simple soalan...

ok lah..ahli kitab...di benarkan guna pktaan ALLAH...
so kononya lah kan...org kristian skrg ahli kitab...wlpun..kitab injil yg ada skrg..byk dah di oter2...
kita di benarkan MAKAN..MAKANAN SEMBELIHAN AHLI KITAB...KITA DI BENARKAN KAWEN DGN AHLI KITAB...

nak tanya enjin....ENJIN NAK MAKAN TAK KALAU..AYAM YG DI SEMBELIH OLEH RICHARDSAMY..seorg india kristian ...atau MICHEL CHEN..seorg CINA XTIAN....????

KALAU NAK..CARRY ON..FIGHT LAH..AGAR MEREKA BOLEH GUNA PKTAAN ALLAH..SAMA DGN ORG ISLAM...

kalau tak lalu nak makan sembelihan dia org...knapa plak...BUKAN KER DIA ORG AHLI KITAB..KITAB INJIL...?


ahli kitab sebenarnyer maseh subjective kat M'sia... klu kat sini kita ada ramai org Islam... x timbul nak makan sembelihan org lain.

Klu keadaan darurat, mcm kat Finland lar... 99% makanan haram, tapi yahudi ada... misalanya, sy x leh makan makanan laut atau sayur2an ateh sbb kesihatan... Yes, I will buy from them yg ada tanda K.

Tapi sume tuh x terjadi kat M'sia... kita winter pon x der har..

soklan lain plak GJ...


Buat Baik Bepada-pada
02-02-2010 07:14 PM
Find all posts by this user Quote this message in a reply Windows XP/2003Internet Explorer
Pages (2): « First [1] 2 Next > Last »
« Next Oldest | Next Newest »
Post Reply  Post Thread 

Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies: Views: Last Post
  dr LOLO...pejuang wanita...atau pura2?? GENG JAHAT 1 175 05-06-2009 10:16 PM
Last Post: terangbulan
  pejuang bangsa..huhuhuhuhuhuamakkkkkkkk GENG JAHAT 4 96 07-08-2008 08:35 PM
Last Post: nur_sakura

View a Printable Version
Send this Thread to a Friend
Subscribe to this Thread | Add Thread to Favorites

Forum Jump:
JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com Best Malaysian Sites JomLayanBiz.Com
Contact Us | JomLayan.Com | Return to Top | Return to Content | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication

Powered By MyBB
Copyright © 2002-2010 MyBB Group